Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 1430H - Semoga tahun baru ini memberi keberkatan dan kesejateraan kepada semua warga Bukit Jati.

BAHAN RUJUKAN:

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 16, 2008

Sunday, December 14, 2008

Tahniah kepada ahli warga Bukit Jati !!


Tahniah kepada 3 warga Bukit Jati yang telah turut serta dan
telah memenangi kategori masing-masing dalam
Kempen Kebersihan dan Gerak Kemas 2008
yang di anjurkan
Majlis Perbandaran Pasir Gudang .

1) Pn Noraini (Isteri En Akib) dari Noraki Kopitiam
- Tempat Kedua dalam kategori Kedai Makanan dan
Tempat Kedua dalam Ketegori Tandas Kedai Makan -

2)Pn Haslina mewakili Sek Men Keb Pasir Gudang
- Tempat Pertama dalam kategori Tandas Sekolah dan
Tempat Kedua Ketegori Landskap Sekolah -

3) Tn Hj Esa dari Pak Esa Gerai Makan
- Tempat Kedua Kategori Kebayan -

Tahniah..!!!!

Saturday, December 13, 2008

AJK PPP Bukit Jati 2008/2009

Sila klik pada gambar di atas untuk lihat imej yang lebih jelas.

Jika anda ada sebarang usul/pertanyaan/teguran membina,

sila emailkan kepada pppbukitjati@yahoo.com.my


Friday, December 12, 2008

AWASI Keselamatan Kawasan Perumahan kita..!!

12hb December 2008 - Kejadian pecah dan ceroboh serta merosakkan harta benda pondok keselamatan perumahan Bukit Jati telah berlaku awal pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai dilakukan kerana tidak berpuas hati atas teguran Pengawal Keselamatan kepada kumpulan remaja
yang berkumpul ditepi jalan dalam kwasan perumahan pada lewat malam semalam.

Sehubungan itu semua AJK telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan dan kerjasama pemantauan dari pihak polis demi keselamatan penduduk dan pengawal keselamatan. (Klik pada gambar untuk lihat imej lebih jelas)

Sebelum membuat laporan polis, AJK juga telah membentangkan dan membincangkan isu 15 orang penduduk yang telah di senaraikan kerana tidak memberi kerjasama untuk menyumbangkan wang biaya kos keselamatan yang telah dipersetujui oleh majoriti penduduk.

Thursday, December 11, 2008

Lagi Gambar Qurban..


Gambar Qurban yang diterima melalui kiriman email dari Puan Lena.
Terima kasih.

Jika anda ada gambar yang ingin dikongsikan untuk tatapan
pengunjung blog ini sila emailkan kepada :
pppbukitjati@yahoo.com.my atau nordin@ymail.com

------------------------------------------------------------

IKLAN PENAJA
Dapatkan senaskah
Anjung Seri
Bulan Januari !!
Berita lanjut sila

Monday, December 8, 2008

Ibadah Qurban 8hb Dec 08.

Dengan nama Allah yang Maha Besar, dengan keberkatan dan Keredhaan Nya, ibadah Qurban tahun ini telah berjalan dengan begitu lancar walaupun terpaksa mengharungi keadaan cuaca hujan yang membawa berkat kepada majlis ini. Dua (2) ekor lembu untuk Qurban dan Akikah adalah dari Naib Pengerusi kita, En. Shafie dan keluarga beliau. Dengan bantuan penduduk Perumahan ini dan keluarga En. Shafie, segala penat lelah dan semangat gotong royong yang ditunjukkan, menjadikan ibadah ini sungguh sempurna dan meriah. Sumbangan Qurban En. Shafie dan keluarga kepada fakir miskin adalah sebahagian daripada ibadah yang amat dituntut oleh Agama kita. Kami juga amat menghargai segala sumbangan/hadiah beliau iaitu daging Qurban kepada penduduk penduduk Perumahan. Amin...



Majlis Ibadah Qurban tahun ini juga disudahi dengan jamuan masakan sup diadakan pada sebelah petang dan jamuan nasi brayani pada sebelah malamnya. Penyediaan untuk jamuan ini telah dianjurkan oleh pihak persatuan dengan kerjasama Muslimah Bukit Jati. Masakan sup dan lauk pauk disediakan dengan kerjasama kaum ibu Muslimah dan ahli keluarga En. Shafie. Nasi Bryani disediakan oleh Hj. Karim.
Setinggi tahniah kepada AJK yang dilantik untuk penganjuran ibadah Qurban ini, iaitu Hj. Zul (makanan), En. Andik (penyembelihan/melapah), En. Syed/Zainuddin (khemah), Hj Karim (peralatan memasak) dan Muslimah Jati (masakan/sup).
Pihak AJK Perumahan Bukit Jati juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat diantaranya Zainuddin, Hj Yaakob, Hj Esa, Norizan, Shafiee, Syed, Mazli, Hj Zul, Hj Tahir, Iskandar, Wan, adik Emma, Hisyam, Izuddin, Andik, Akib, Mizi, Farid, pekerja Indon Kiswire, Shariff, Hairi, Pak Jaafar, anak anak B. Jati, Mulimah Jati, keluarga En. Shafiee dan lain lain yang tidak dapat kita senaraikan dan berharap aktiviti dan ibadah korban seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.


Kelas Agama & Ibadah Qurban '08

Tarikh : 04/12/08 Ruj Kami : PBJ/08/12/01

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Kepada:
Penduduk penduduk Muslimin & Muslimat
Perumahan Bukit Jati.


Kelas Agama Bulanan

Kelas ini diteruskan setiap bulan dikhususkan kepada penduduk Muslimin dan Muslimat serta anak anak Perumahan ini. Jadual untuk bulan December 2008 adalah seperti berikut:Tarikh : 05hb December 2008Hari : JumaatTempat : Pondok Hijau, penghujung Jalan Jati 2Masa : Jam 8.45 mlmPenceramah : Ustaz Ahmad LongDiharapkan Allah dapat memberi ruang masa kepada kita semua untuk majlis yang amat disukai olehNya. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga, majlis ini dapat diberkati dan diredhai oleh Allah hendaknya.

…………………………………………………………………………….……………………..

Ibadah Qurban & Kenduri

Sempena menyambut Hari Raya Qurban tahun ini, persatuan akan menganjurkan majlis diatas :

Hari : Isnin selepas solat Hari Raya Haji (9.00 pagi)
Tarikh : 08hb December 2008
Tempat : Perkarangan Pondok Hijau / En. Shafie (belakang Lorong 3)
Peserta Qurban/Akikah : En. Shafie (2 ekor lembu)

Atucara Majlis :
9.00 – 12.00 t/hari – Penyembelihan dan melapah daging
12.00 tengahari - Pengagihan daging kepada fakir miskin
11.00 – 1.00 t/hari - Rewang untuk memasak
1.00 tengahari - Solat Zohor
1.15 – 6.00 ptg - Memasak sup dan hidangan malam
4.00 petang - Hidangan sup tulang lembu
8.30 mlm - Hidangan makan malam

Pihak persatuan mengalu alukan kehadiran tuan puan sekeluarga bagi menjayakan majlis yang mulia ini. Sila bawa peralatan memotong seperti pisau, parang dan golok untuk melapah daging dan tulang dan juga bagi tujuan rewang untuk memasak nanti.
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga, majlis gotong royong ini dapat diberkati dan diredhai oleh Allah hendaknya.

Terima kasih.

Setia usaha

Wednesday, December 3, 2008

Perletakkan Jawatan


Adalah dimaklumkan bahwa En Azhar telah meletakkan Jawatannya berkuat kuasa pada

1hb December atas sebab peribadi dan perletakkan jawatan tersebut telah diterima sebulat suara oleh AJK dan AJK juga telah bersetuju jawatan Ketua Biro Alam Sekitar diserahkan kepada En Syed Ahmad.

Semoga dengan pelantikkan beliau,
kawasan Perumahan Bukit Jati akan lebih indah dan ceria.

AJK dan semua ahli mengucapkan Terima kasih
atas sumbangan yang telah En Azhar berikan selama ini
Harap Maklum.

Mesyuarat AJK - persiapan raya korban

Mesyuarat AJK utk program Korban sempena Aidil Adha 2008.
Merupakan tahun kedua program yang di anjurkan oleh AJK PPP Bukit Jati bersama Muslimah Bukit Jati.
Semua penduduk Per. Bukit Jati di jemput hadhir pada pagi selepas solat sunat Adhil Adha bertempat di belakang rumah En Shafie.
(2 ekor lembu utk tujuan Korban dan Aqiqah di sediakan oleh Keluarga En Shafie).
Lembu-lembu korban tersebut akan disembelih dan dagingnya akan diagihkan mengikut syarak pada hari tersebut dan selebihnya En Shafie telah bermurah hati untuk menyediakan jamuan untuk ahli keluarga Bukit Jati. Aktiviti melapah daging dan masak memasak akan dibuat secara gotong royong pada hari tesebut)

Sunday, November 16, 2008

Selamat Pengantin Baru - Iss & Yana







Tahniah..dan Syukur Alhamdulillah kerana telah selamat di ijabkabulkan..
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Jika Arwah pak Jamil masih ada..tentu dialah orang yang paling gembira..
Mari kita sedekahkan Alfatihah untuk Arwah Pak Jamil..Alfatihah..

Monday, October 13, 2008

MARHABAN & SAMBUTAN/JAMUAN HARI RAYA

Ruj Kami : PBJ/08/10/02

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Hari Raya dan marhaban tahun ini akan diadakan pada :

Hari : Jumaat selepas solat Isyak
Tarikh : 17hb Oktober 2008 bersamaan 16 Syawal 1429H
Tempat : Pondok Hijau (hujung Jln Jati 2)

Sehubungan itu, majlis akan dimulakan dengan marhaban dari rumah ke rumah dengan kerjasama kariah Mesjid Perjiranan 9. Dibawah ini kami senaraikan nama nama penduduk yang dijemput menyertai kumpulan marhaban (sila hubungi setiausaha jika nama tidak tersenarai):

Kumpulan 1 :
Jln Jati 2 (En. Othman, Puan Norizah, Hj Zul, En.Shariff, Pak Said, En. Dollah) & Lorong 1 (Hj Jailani, En. Nordin, En. Musyari, En Adnan)
Kumpulan 2 :
Jln Jati 2 (En. Norizan, En. Sobri, En. Azman, En. Azhar, Kak Chik, Puan Ain, En. Jais) & Lorong 2 (En. Jaafar, En. Kamarudin, "Cikgu”, En Buang, En. Hisyam, En. Ali, En. Salehuddin, En. Andik, En. Ezuddin, Fadzuli, Mariam)
Kumpulan 3 :
Jln Jati 2 (Hj Yaakob, Kak Sopiah, En. Azmi, Hj Tahir, En. Farid, Hj Esa, Pak Akib) & Lorong 3 (Hj.Karim, En.Rashid, En. Termizi, En. Zainuddin, En. Said, En. Azhar, En. Johari, En. Hairi, En. Suhardi, Puan Mariam, En. Mazli, En. Shapie, En. Rosli)

Untuk mejayakan majlis ini, kami berharap tuan/puan dapat memberi sumbangan sebanyak RM20.00 untuk seisi rumah untuk jamuan yang akan diadakan di akhir marhaban nanti (Jamuan akan disediakan oleh pihak persatuan). Diharapkan juga, tuan/puan dapat menyediakan wang sedekah untuk tabung mesjid Perjiranan 9 semasa marhaban dijalankan.

Sila kemukakan wang sumbangan untuk jamuan ini ke wakil jalan/lorong masing masing sebelum 17hb. Okt. petang. Ini sebagai tanda setuju untuk menyertai marhaban tersebut.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan, dapat menyerikan lagi suasana di majlis ini.
Terima kasih.

Setia usaha

………………………………..
PPP Bukit Jati
H/phone :019-729 5069

Tuesday, October 7, 2008

Majlis Pertunangan anak En Rosli / Lorong 3


Majlis Pertunangan anak Perempuan En Rosli pada 6hb Oktober
yang dihadiri oleh saudara mara bersama
AJK Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati.

Monday, September 29, 2008

Salam Aidil Fitri

Kami dari Warga Perumahan Bukit Jati
mengucapkan selamat Hari raya Aidil fitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga perpaduan yang telah kita bina terus berkekalan dan
menjana masa depan yang lebih mesra, ceria dan cemerlang..

Thursday, September 4, 2008

Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan


Kami AJK PPP Bukit Jati mendoakan anda semua dikurniakan rahmat, kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tuesday, August 12, 2008

AKTIVITI GOTONG ROYONG

Sebagai persediaan menyambut bulan Ramadahan dan Syawal yang mulia, AJK PPP Bukit Jati telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong yang bertujuan untuk meningkatkat tahap kebersihan kawasan perumahan disamping mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk.

Gotong Royong telah diadakan pada 16hb Ogos 2008 jam 3 - 6 ptg dan Syukur Alhamdulillah aktiviti tersebut telah mendapat sambutan dari sebahagian besar ahli keluarga penduduk dengan kerjasama Muslimah Bukit Jati.

BUKIT JATI in ONE HEART.. !!!


Thursday, August 7, 2008

Aktiviti Muslimah Bukit Jati (June 2008)


Assalamualaikum,
Gambar-gambar semasa Muslimah Jati menghadiri Majlis Berzanzi & Malam Berinai Di rumah pengantin Encik Rashid/Puan Zahirah, No. 4 Lorong 3, Perumahan Bukit Jati pada malam 25hb Jun 2008 diiringi tetamu jemputan, rakan-rakan dari Perjiranan 8, Pasir Gudang
1. Gambar kenangan Puan Pengerusi/Naib Pengerusi: Pn Haslina / Pn Hjh Fauziah bersama-sama pengantin serta ahli-ahli Muslimah Jati yang hadir di atas pelamin
2. Pn Hjh Siti Haida : memperdengarkan bacaan berzanzi ( Rawi pertama)
3. Pn Roslina : memperdengarkan bacaan berzanzi ( Rawi ketiga)
4. Pn Rohana : memperdengarkan bacaan berzanzi ( Rawi keempat) diikuti dengan bacaanSelawat Dan marhaban beramai-ramai.

Disertakan juga gambar-gambar semasa Muslimah Jati Dan kaum keluarga pengantin perempuan didalam Majlis Khatam Al-Quran keesokkan harinya iaitu pada 26hb Jun 2008 jam 9.00 pagi. Pengantin baru iaitu Cik Norainah And Rashid mengetuai Majlis Khatam Al-Quran tersebut.

GAMBAR dan berita diterima dari AJK muslimah..

Thursday, July 31, 2008

Ceramah Agama Bulanan (Ogos)

Ceramah Agama untuk Bulan Ogos akan diadakan:
Tempat : Dataran Pondok Hijau
Tarikh : 1hb Ogos 2008 (Hari Jumaat)
Jam : 9.00 malam (Lepas Isyak)

Semua penduduk (sekeluarga) Perumahan Bukit Jati di jemput hadhir.

Wednesday, July 16, 2008

Gambar kelas Agama bulanan


Syukur Alhamdulillah..semoga semua penduduk perumahan Bukit Jati akan mendapat keberkatan. Bersamalah kita memberi sokongan demi untuk membantu usaha kita meningkatkan silaturrahim dan syiar Islam dikalangan ahli keluarga kita. Seperti yang telah di maklumkan, aktiviti yang di anjurkan oleh Biro Agama akan diadakan setiap hari Jumaat Malam Sabtu, minggu pertama dan setiap bulan.

Tuesday, July 8, 2008

Kelas Agama Bulanan

Buat julung kalinya Persatuan Perumahan Bukit Jati akan mengadakan Kelas Agama yang dijadualkan diadakan setiap bulan kecuali bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfiri. Kelas ini dikhususkan kepada penduduk Muslimin dan Muslimat serta anak anak Perumahan ini. Jadual untuk bulan Julai 2008 adalah seperti berikut:

Tarikh : 11hb Julai 2008
Hari : Jumaat
Tempat : Pondok Hijau, penghujung Jalan Jati 2
Masa : Jam 9.00 mlm
Penceramah : Ustaz Ahmad Long

Diharapkan Allah dapat memberi ruang masa kepada kita semua untuk majlis yang amat disukai oleh Allah ini.

"Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu" maksud hadith

Thursday, June 26, 2008

T-shirt Bukit Jati

Untuk tempahan T/shirt Bukit Jati,
Sila hubungi En. Nordin/ 0197596990
Harga RM28.00 sehelai.
Cepat, sementara stok ada (30 helai sahaja)

Tuesday, June 24, 2008

Noraki Kopitiam

Untuk melihat gambar-gambar Majlis Doa Selamat sempena pembukaan
Noraki Kopitiam
milik En Akib Borhan,
Kami penduduk Bukit Jati mengucapkan
Tahniah dan Semoga Maju Jaya.


Sunday, June 8, 2008

Mesyuarat Pertama AJK PPP Bukit Jati 08/09

Berhubung dengan perkara diatas, mesyuarat tersebut akan diadakan pada 9/6/2008 - Hari Isnin Jam 9.00 malam di Pondok Hijau.
Kehadiran semua AJK adalah amat diharapkan.
Sekian.

Yang Menjalankan Tugas,
Setiausaha.

Saturday, May 31, 2008


Click to join pppbukitjati


Group email addresses
Related Link: http://bukitjati.blogspot.com/
Post message: pppbukitjati@yahoogroups.com
Subscribe: pppbukitjati-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: pppbukitjati-unsubscribe@yahoogroups.com


Wednesday, May 28, 2008

AJK Baru 2008/2009
















Sila klik pada gambar unutk lihat imej lebih jelas..

28hb May 2008, Pondok Hijau : Tahniah diucapkan kepada AJK baru yang terpilih. Terima kasih juga kepada semua ahli yang hadhir dan memberikan kerjasama untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung PPP Bukit Jati 2008/2009.

En. Akib Borhan telah mendapat undian majoriti yang besar untuk mengekalkan jawatan Pengerusi yang telah dipikul dengan baik sebelum ini. En. Azhar merupakan muka baru dalam AJK Induk 2008/2009, manakala yang lain merupakan muka lama yang juga merupakan nadi dan penggerak utama kepada kecemerlangan dan kesejateraan Perumahan Bukit Jati sebelum ini . En. Ahmad Shafie kini menyandang Naib Pengerusi manakala En. Nordin menang tanpa bertanding mengekalkan Jawatan Bendahari yang dipegang sebelum ini. En. Mohamad Termizi telah dilantik oleh Pengerusi sebagai Setiausaha menggantikan En Zainudin yang kini memegang Biro Kebajikan. AJK Biro-Biro utama telah diumumkan oleh Pengerusi Persatuan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung setelah berbincang dan mengambil kira pendapat dari kalangan AJK yang terpilih. Menurut Tuan Pengerusi lagi, 10 kagi AJK kecil dan AJK Khas akan dilantik dan akan diumum tidak berapa lama lagi. AJK Kecil dan AJK Khas ini nanti amat penting untuk memastikan semua aktiviti yang bakal dirancang dapat berjalan dengan lancar.


Berasamalah kita berdoa agar AJK baru akan dapat memberikan komitmen yang optimum disamping memenuhi amanah yang telah diberikan. Semoga AJK baru ini nanti akan terus mendapat sokongan padu dari kalangan penduduk demi untuk kesejahteraan warga Bukit Jati.

Diantara amanat yang penting dari En Akib selaku Pengerusi dalam ucapanya di malam tersebut ialah tentang semangat kerjasama dan bersatu padu dikalangan ahli perlu dipertingkatkan lagi dan berharap tiada seorang pun yang berkecuali dalam menyertai apa juga aktiviti-aktiviti persatuan pada masa-masa akan datang. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma budiman yang telah memberikan banyak sunbangan kewangan untuk membiayai kos mengindahkan kawasan perumahan dan meningkatkan tahap keselamatan penduduk perumahan Bukit Jati.





(sila lihat gambar-gambar lain di Yahoo groups atau klik di sini : http://picasaweb.google.co.kr/KoleksiNJAlini/BUKITJATI

Thursday, May 22, 2008

Lapuran Kewangan sehingga May 2008


Tuan/Puan,

Sila rujuk lapuran kewangan yang akan dibentangkan pada mesyuarat Agung yang akan berlangsung pada 28/5/2008 di Pondok Hijau

Untuk download file lapuran kewangan sila login/atau daftar nama anda dahulu:


Click to join pppbukitjati




Bendahari

----------------------------------------------------


Tuesday, May 20, 2008

Mesyuarat Agong Persatuan - 2007/2008

20hb May 2008

Kepada:
Penduduk Perumahan Bukit Jati,
Taman Air Biru,
81700 pasir Gudang,
Johor.

Tuan,

Per: Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati
- 2007/2008

Perkara diatas adalah dirujuk, Sukacita adalh dimaklumkan bahawa Tuan-tuan adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut seperti yang berikut :

Tarikh : 28hb may 2008
Tempat : Pondok Hijau Jalan Jati 2,
Masa : Jam 9.00 malam

Kehadiran Tuan ke mesyuarat adalah di harapkan bagi menentukan halatuju persatuan dan aktiviti kemasyarakatan khasnya dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
(Zainudin Bin Yasin)
Setiausaha Persatuan

Friday, May 16, 2008

Papan Tanda / Tunjuk Arah ke Perumahan Bukit Jati

Syukur Alhamdulillah..!!! Akhirnya tercapai jua cita-cita dan harapan AJK dan penduduk Perumahan Bukit Jati.

Pada Hari Jumaat 16hb 2008, Papan Tanda tunjuk arah telah di pasang oleh pihak PBT Pasir Gudang. Dengan adanya papan tanda tersebut maka tiada lagi masaalah pengunjung/pelawat/posmen untuk menuju ke kawasan perumahan Bukit Jati.

Penukaran nama dari "Perumahan MIEL" ke "Perumahan Bukit Jati" telah dicadangkan oleh AJK Persatuan pada tahun lalu memandangkan nama "MIEL" telah didapati menimbulkan banyak konflik dan persoalan. Cadangan awalnya ialah "Perumahan Jati Utama" tetapi setelah bermesyuarat AJK telah bersetuju dan berpendapat nama "Bukit Jati" lebih sesuai kerana kedudukkannya yang lebih tinggi berbanding kawasan lain di Jalan Jati, Pasir Gudang.

Seperti yang telah di maklumkan, alamat rasmi adalah seperti berikut -

No***, Lorong**, Jalan Jati 2,
Perumahan Bukit Jati,
Taman Air Biru,
81700, Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim
.


YES! We are giving away ONE MILLION DOLLARS USD split between EVERYONE who joins for free and helps us spread the word about the NEW Web 2.0 Upgrade before our July 1st launch!







Subscribe to pppbukitjati





Powered byasia.groups.yahoo.com

Thursday, May 15, 2008

Kereta Cikgu Haslina accident..?




Cemas...! Sebenarnya ...
JEQ789 - Kereta Cikgu Haslina (Pengerusi Muslimah) terlibat di lokasi penggambaran drama TV "Persis" arahan Fairuz Loy yang akan ditayangkan di TV3 pada hari Sabtu 10 malam 17hb May 2008. Diantara pelakon utama drama tersebut ialah Norman Hakim, Jasmin Hamid dan Betty Benafe. Drama khas untuk sempena sambutan Hari Ibu Sedunia...

Tuesday, May 13, 2008

En Jamin telah kembali ke Rahmatullah...



Bukit Jati , 13 MAY 2008: Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

GAMBAR KALI TERAKHIR ALLAHYARHAM BERSAMA WARGA BUKIT JATI...

Setelah sekian lama berjuang dengan penyakit beliau, Sahabat kita, Allahyarham En. Jamin atau lebih dikenali sebagai En Jamil (Ushawan Gano dan salah seorang AJK Persatuan Penduduk Bukuit Jati ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.30 ptg, 13b May 2008 di Hospital Sultan Ismail, Mount Ausine. Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Jati 2, perumahan Bukit Jati dan telah dikebumikan pada malam tersebut .
Warga Bukit Jati mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
. Al-Fatihah

Monday, May 5, 2008

PENGUMUMAN - Waktu Kawalan Pos Keselamatan

Adalah di makumkan bahawa ekoran dari kejadian kes cubaan rompakan guna senjata tajam pada minggu lalu, Pihak AJK telah banyak mendapat cadangan dari kalangan penduduk untuk melanjutkan waktu kawalan pos keselamatan pada waktu siang hari.

Dengan persetujuan oleh AJK dan sokongan serta persetujuan dari beberapa orang ahli yang telah bermurah hati untuk bersedia menambah bayaran bulanan untuk membiayai kos tersebut, mulai bulan hari ini 6/5/2008 waktu kawalan sebelah siang akan di adakan pada jam 9 pagi hingga jam 5 ptg sebagai tambahan kepada kawalan dan rondaan waktu malam dari jam 11.00 malam hingga 7 pagi.

Kepada semua penduduk/ahli persatuan penduduk Perumahan Bukit Jati diharapkan dapat memberi kerjasama kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas.

Kepada yang masih belum ada pelekat pass kenderaan bolehlah mendapatkannya dari Pengawal di Pondok Keselamatan.

Sticker /Pelekat Pas Masuk Kenderaan
Untuk Kereta : RM8.00
Untuk Motor : RM5.00.


Kami juga mengalu-alukan kepada ahli yang sudi dan bermurah hati untuk menderma/membuat bayaran tambahan kepada yuran RM40 sebulan yang telah ditetapkan untuk setiap rumah. Wang sumbangan/derma bolehlah dibuat secara online/ATM ke akaun
Perumahan Bukit Jati - CIMB - 01090099503529 dan serahkan salinan asal bayaran slip kepada wakil di setiap lorong .

Semoga berkat sokongan dan kerjasama Tuan/Puan keselamatan kawasan Bukit jati akan terpelihara.

-----------------------------------------------------------------
http://www.koleksinjalini.blogspot.com/

Thursday, May 1, 2008

Menunaikan Ibadat Umrah





Gambar sebahagian tetamu yang hadhir ke rumah Hj Zulkefli sempena kenduri doa selamat pada 1hb May 2008.
Hj Zukefli sekeluarga akan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dan akan berangkat pada 12hb May 2008.
Bagi pihak seluruh penduduk Perumahan Bukit Jati, kami mendoakan beliau sekeluaga selamat pergi dan balik serta mendapat keberkatan dari Allah s.w.t...Amin.
--------------------------------------------------------------------------------------------


Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

< Gambar Pemandangan dalam Kaabah