Monday, December 10, 2012

Tayangan Tangisan Gaza

Anjung Jati : Syukur Alhamdulillah.. pada 10/12/12
satu Tayangan Tangisan Gaza telah berjaya di laksanakan
 bagi bertujuan untuk  memberi kefahaman kpd anak-anak kita
 tentang perjuangan  dan derita rakyat Palestin mempertahankan
Tanah Air mereka dari serangan Zionis Israel yg kejam.



 Tahniah dan Terima Kasih kepada semua anak-anak Bukit Jati yang hadir.
Setelah selesai Tanyangan dan sessi penerangan oleh Ustazah Syarifah Ulwiyah,
sebanyak RM650.00 telah diterima dari sumbangan anak-anak Bukit Jati
sebagai tanda sokongan dan simpati mereka kepada rakyat Palestin.
Sumbangan tersebut akan disalurkan ke Tabung Aman Palestin melalui Bank Islam
untuk Tabung Wanita dan Kanak-kanak Palestin.




Tahniah dan Terima kasih juga kepada Muslimah Bukit Jati yg 
telah berjaya menjayakan majlis ini dengan baik dan teratur.
Semoga Allah jua yg membalas keatas sumbangan idea, wang ringgit, jamuan 
dan tenaga Tuan/Puan yang telah  bersama-sama berusaha menjayakan majlis tersebut.

Friday, December 7, 2012

Tabung Bantuan Gaza


SEMUA WARGA BUKIT JATI DI JEMPUT HADHIR

TAYANGAN
 TANGISAN GAZA
DI ANJUNG JATI
pada 10/12/12 - 8.45 p.m - 10.00 p.m
Semua derma/sumbangan akan disalurkan melalui

Tabung Aman Palestin
sila klik sini untuk maklumat lanjut

Tabung Wanita &  Kanak-Kanak Palestin

Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95


Surat At-taubah ayat 41 (QS 9:41) 
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, 
dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. 
Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. " 


Penghargaan kepada :
Semua Muslimah Bukit Jati
( dipimpin Ustazah Sharifah Ulwiyah )
yg telah mengaturkan Program Tayangan Tangisan Gaza
dan Program untuk Anak-anak Bukit Jati
semepena Cuti Sekolah

Friday, November 30, 2012

Program Agama untuk Anak PBJ sempena cuti sekolah




Program Agama untuk anak-anak PBJ semepena cuti sekolah 2012.
dibawah kelolaan Ustazah Sharifah Ulwiyah bersama Muslimah Perumahan Bukit Jati
Seramai lebih 40 kanak-kanak yang turut serta dalam program mengisi masa lapang anak-anak
sewaktu cuti sekolah.

lagi gambar di sini

Friday, November 23, 2012

Ceramah Sempena Maal Hijrah (1433)


Aktiviti Ceramah Agama sempena menyambut
Maal Hijrah telah diadakan pada 23/11/12
di Anjung Jati yg dihadhiri oleh warga PBJ dan penduduk sekitarnya
Penceramah : Al Ustaz Arshad A- Banjari

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah

Salam Maal Hijrah

Firman Allah S.W.T maksudnya: 
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..
– Surah an-Nahl 16: 41-42.

Sunday, November 11, 2012

Thursday, November 1, 2012

Anjung Jati untuk disewa

(sila klik pada imej untuk lihat gambar yg lebih jelas)

Anjung Jati
Dewan Serbaguna yang sesuai untuk sebarang Majlis seperti :

1)Majlis Kenduri Kahwin
2)Majlis Hari Keluarga
3)Majlis Ceramah/ Majlis Ilmu

Sedia untuk tempahan dengan kadar sewa terendah
untuk orang awam/bukan penduduk

hanya RM550 sehari 


Kadar Sewa untuk Ahli Persatuan :

Ahli  - Hanya RM350 sehari

Bukan Ahli (Penduduk Bukit Jati)  - RM450 sehari

Sewa termasuk
Khemah Tambahan 20x20kaki + Kerusi Meja (50 orang)

berkeluasan (bangunan) 1,400 kaki persegi yg dilengkapi dengan kemudahan :

1)Halaman yg luas boleh menampung  tambahan 4 buah khemah (20'x20')
2)Hampir dengan Parking Kereta Awam dihadapan Sekolah Men PG 3 
3)Kemudahan Air, Lampu dan Kipas
4)Bersebelahan dengan pondok Sekuriti dan Taman Permainan Kanak-kanak




Deposit Kebersihan RM100
(akan dikembalikan selepas kerja kebersihan dibuat oleh penyewa)

Maklumat lanjut sila hubungi:
Ketua Biro Keceriaan  : Tuan Hj  Modtrifi - 013 720 9053


atau dapatkannya dari :
Pondok Sekuriti Perumahan Bukit Jati





Monday, October 15, 2012

PANDUAN IBADAH QURBAN




Pengertian korban ialah binatang yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada ALLAH Ta`ala pada hari raya `Eidul Adha dan hari-hari Tasyrik.

Dalil Disyariatkan 
 
ALLAH Ta`ala berfirman:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka dirikanlah solat kerana TUHANmu dan berkorbanlah.”  
 
(Surah al-Kautsar, 108: 2)
 
 
 
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang  maksudnya:

“Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk.  Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut Nama ALLAH, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.”

(HR al-Bukhari-5245 dan Muslim-1966)

Hukum Korban
 
Hukumnya ialah sunat muakkad.

Namun, ia boleh jadi wajib dengan 2 sebab, iaitu:

1)  Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk korban, seperti dia menyatakan:  ”Ini korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini”.  Ketika itu korban menjadi wajib ke atasnya.

2)  Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan korban.  Seperti dia berkata:  ”Wajib ke atasku korban kerana ALLAH”.  Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan.

Siapakah Yang Dituntut Untuk Berkorban?
 
Ibadah korban dituntut bagi seseorang yang mempunyai syarat-syarat berikut:

1)  Islam

2)  Baligh dan berakal.

3)  Berkemampuan:  Dengan memiliki harta yang lebih untuk korban iaitu melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan mereka yang di bawah tanggungannya samada makanan, pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.

Binatang Yang Disyariatkan Untuk Korban
 
Tidak sah korban kecuali dengan unta atau lembu (kerbau) atau kambing.  Ini berdasarkan firman ALLAH Ta`ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.”  
 
(Surah al-Hajj, 22:34)

Perkataan binatang ternakan (الْأَنْعَامِ) sebagaimana dalam ayat di atas bermaksud tidak terkeluar daripada 3 jenis binatang ternakan iaitu unta, lembu dan kambing.  Tiada riwayat daripada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam atau para sahabat bahawa mereka berkorban dengan binatang lain.

Yang paling afdhal ialah unta, kemudian lembu, kemudian kambing.

Harus korban dengan 1 bahagian daripada 7 bahagian unta dan lembu (seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.  Jabir radhiAllahu `anhu berkata:

“Kami melakukan korban bersama Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pada tahun Hudaibiyah dengan dibahagikan seekor unta kepada 7 bahagian dan seekor lembu juga dibahagikan kepada 7 bahagian.”

(HR Muslim-1318)

Syarat-syarat Binatang Korban
 
1)  Umur

Bagi unta, umurnya mesti sudah memasuki tahun ke-6.  Bagi lembu dan kambing (al-maiz), umurnya mesti memasuki tahun ke-3.

Manakala bagi kambing biri-biri (al-dho`nu), umurnya mesti memasuki tahun ke-2 atau gigi hadapannya telah gugur (kerana bersalin gigi) walaupun belum sampai satu tahun.  Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu katanya:  Aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik binatang korban ialah kambing biri-biri yang berusia 2 tahun.”  

(HR Ahmad-2/245)

2)  Selamat (tidak cacat)

Daripada al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“4 perkara yang menyebabkan binatang korban tidak memadai (tidak sah) untuk dikorbankan.  Yang jelas matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas tempangnya dan yang terlalu kurus hingga tidak berotak.”

(HR at-Turmudzi-1497 dan Abu Daud-2800)

Keaiban yang disebutkan di atas diqiaskan kepada semua jenis keaiban yang seumpamanya yang boleh menyebabkannya kurus dan kurang daging.

Waktu Korban
 
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini (hari raya `Eidul Adha) ialah kami bersolat.  Kemudian kami pulang dan menyembelih korban.  Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami.  Dan sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya bukan untuk ibadah korban sedikit pun.”

(HR al-Bukhari-5225 dan Muslim-1961)

Maksud perkataan:  “Sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu” ialah sebelum masuk waktu solat hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan solat hari raya.

Dari Jabir bin Mut`im bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Setiap hari Tasyrik adalah sembelihan (waktu untuk menyembelih korban).”

(HR Ibnu Hibban-1008)

Maka, waktu dilakukan korban ialah selepas waktu solat Hari Raya `Eidul Adha dan berlanjutan sehingga hari-hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.  Berakhir waktu dilakukan korban ialah terbenamnya matahari 13 Dzulhijjah.

Adab-adab Ibadat Korban
 
1)  Makruh menghilangkan bulu atau memotong kuku bagi sesiapa yang berniat mahu melakukan ibadah korban.  Maka, dia hendaklah menjaganya dengan baik sehingga haiwan korbannya disembelih.

Dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Apabila kamu melihat anak bulan Dzulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan dari memotong bulunya dan kukunya (sehingga haiwannya disembelih).”

(HR Muslim-1977)

2)  Sunat kepada yang berkorban menyembelih binatang korbannya sendiri.  Jika dia tidak boleh melakukannya, maka hendaklah dia hadir bersama menyaksikan penyembelihan yang dilakukan.

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah radhiAllahu `anha yang maksudnya:

“Bangunlah kepada korbanmu dan saksikanlah ia kerana sesungguhnya (dengan tertitisnya) titisan darah yang pertama maka akan diampunkan dosamu yang terdahulu.  Fatimah bertanya:  Wahai Rasulullah, ini adalah untuk kita Ahlul Bait sahaja atau untuk kita dan orang-orang Islam seluruhnya?  Rasulullah menjawab:  Bahkan untuk kita dan untuk semua orang-orang Islam seluruhnya.”

(HR al-Hakim-4/222 dengan sanad yang sahih)

3)  Sunat bagi pemerintah orang-orang Islam atau pemimpin mereka untuk berkorban menggunakan harta Baitul Mal bagi pihak orang-orang Islam dan melakukan ibadah korban di tempat dilakukan solat hari raya.

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah korbankan seekor kibasy.  Dan Baginda mengucapkan semasa sembelih:  Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umat Muhammad.  Baginda menyembelih di tempat solat di mana orang ramai berkumpul untuk solat (musolla).  Dan Baginda menyembelih binatang tersebut dengan tangan Baginda sendiri.”

(HR Muslim-1967)

Daripada Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma, katanya:

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menyembelih (binatang korbannya) di tempat didirikan solat.”  

(HR al-Bukhari-5232)

Apa Yang Dibuat Dengan Korban Selepas Disembelih?
 
1)  Sekiranya korban itu wajib, samada dengan nazar atau ditentukan sebagaimana dijelaskan di atas, maka tidak harus bagi orang yang melakukan korban dan mereka di bawah tanggungannya memakan daging korbannya itu.  Jika salah seorang daripada mereka memakan sedikit daripadanya, maka hendaklah diganti dengan daging lain atau dibayar dengan nilaian (sekadar daging yang dimakan itu).

2)  Sekiranya korban itu sunat, harus baginya makan mengikut kadar yang dikehendaki dengan syarat dia hendaklah bersedeqah sedikit daripadanya.  Yang paling afdhal ialah makan sedikit untuk keberkatan dan bakinya disedeqahkan.  Harus baginya makan 1/3, dan 1/3 disedeqahkan kepada fakir, dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran sekali pun mereka adalah orang kaya.

Apa yang diberikan kepada orang kaya, ia adalah hadiah, maka tidak boleh dijual oleh orang kaya itu.  Dan apa yang diberikan kepada orang fakir adalah untuk dimilikinya.  Oleh itu dia bebas samada hendak memakannya atau menjualnya.

3)  Bagi orang berkorban, dia boleh sedeqahkan kulit binatang korbannya atau dimanfaatkan untuk dirinya sendiri.  Tetapi tidak boleh dijual atau diberikan kepada penyembelih binatang korban sebagai upah kepada penyembelihannya.  Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadah korbannya.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tidak ada korban baginya.”

(HR al-Baihaqi-9/294)

Allahu A`lam.  Begitulah antara maklumat dan ilmu mengenai ibadah korban yang disunting dari kitab terjemahan Al-Fiqhul Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, karya Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali asy-Syarbaji.  Mudah-mudahan bermanfaat.

Bagi menambahkan lagi maklumat, ilmu, kefahaman serta mengetahui perbahasan ringkas mengenai ibadah korban, tuan/puan boleh juga membaca artikel dari pautan ini, in sha’ ALLAH:
Semoga kita semua diberikan hidayah dan taufiq dari ALLAH Ta`ala dan semoga amalan-amalan kita semua diterima olehNYA, amin.

Copy & Paste dari :
28 Dzulqa`idah 1433
15 Oktober 2012
—–

Sunday, October 14, 2012

PROGRAM IBADAH QURBAN 2012/1433H


Semua Warga Bukit Jati (Muslim)  di jemput hadhir
Program Ibadah Qurban & Aqiqah
di Anjung Jati

26/10/2012 - Jam 2.30 ptg

MAKLUMAT LANJUT
http://www.facebook.com/events/434395913273007/
_______________________

Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan 
mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. 
Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

Thursday, October 4, 2012

Friday, September 21, 2012

Ceramah Agama Bulanan - September


Syukur Alhamdulillah pada 21/9/12 yang lalu
Ceramah Ugama Bulanan di Anjung Jati telah dapat diadakan semula seperti biasa
(Hari Jumaat  selepas Isyak pada setiap Minggu Ketiga)
setelah berehat 2 bulan sempena Ramadhan dan Syawal.
Bermula dari Sessi Bulan ini - Kitab "Penawar Hati" telah digunakan sebagai
rujukan Ceramah. Semoga Kitab Asas Ilmu Tassauf 
dapat memberi menafaat kepada Warga Bukit Jati 
 yg dibimbing  oleh Ustaz Hj Muhamad Bin Long

Nota:
Kitab yg dirujuk dalam Ceramah Bulanan adalah 
Kitab - PENAWAR HATI - kitab yg berkaitan dengan Asas Ilmu Tassauf 
menjelaskan tentang kelakuan HATI  samaada kelakuan yg di puji 
seperti merendah diri dan sabar 
atau kelakuan yg dicela seperti dengki dan membesar diri.
(Sila hubungi Setiausaha untuk dapatkan kita tersebut.)



Monday, July 16, 2012

Salam Ramadhan & Aidil Fitri 1433H

klik pada banner utk lihat imej yang jelas

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih
(Selepas solat Maghrib ada solat Hajat utk anak yg akan menduduki peperiksaan dan Taskirah)
pada hari Sabtu 4/8/2012
Semua Warga Bukit Jati (Muslim & Muslimah) di jemput Hadhir

Tahlil Perdana 2012


Tahlil Perdana
pada 
15/7/2012