Saturday, August 29, 2009

Barbeque 2009

Dengan keizinan Allah s.w.t, keadaan cuaca yang sungguh baik pada malam itu, AJK persatuan telah mengadakan jamuan Barbeque pada 16.08.09 sebelum kedatangan Ramadhan. Dengan kehadiran anak anak dan kaum wanita, suasana yang sungguh riuh bertambah pula dengan suara suara lantang keluar dari kotak 'speaker'......acara ni berlarutan hingga larut malam. Terima kasih diucapkan pada para penderma dan juga kepada 'Jinggo' yang telah dikorbankan malam itu....

Kelas Tae Kwan Do GTF 2009

Kelas ini telah bermula pada minggu kedua Jun 2009 yang di kendalikan oleh Guru yang terlatih, En Aziz. Keahlian setakat ini amat menggalakkan iaitu seramai 20 anak anak kita telah mula menjalani latihan setiap minggu pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 8.30mlm hingga 10.00mlm. Ujian bagi peringkat pertama (talipinggang kuning) dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2009. Seramai 10 orang akan dipilih untuk ujian ini. Sila berhubung dengan En Syed Ahmad (013-788 5430) selaku pengelola kelas ini jika memerlukan apa apa maklumat dan pertanyaan.