Saturday, August 28, 2010

Kaunter Zakat Fitrah @ Bukit Jati

Terima Kasih Kepada Tuan Hj Razak
(Imam Mesjid Ijtihad / Perjiranan 9, Pasir Gudang)
yang telah menyempurnakan kewajipan menerima
Zakat Fitrah dari warga penduduk Bukit jati pada 28/08/2010 petang.

Friday, August 20, 2010

Persiapan Hari Raya 2010



Salam Ramadhan untuk semua warga Bukit Jati.
Sempena menyambut Aidil Fitri pada tahun ini,
beberapa aktiviti tahunan telah diatur oleh pihak AJK :

1) Kaunter zakat fitrah -
akan dibuka di sebelah pondok sekuriti
pada 28/8/2010 ( sebelah petang )
Sila rujuk kpd AJK / Hj Yaakob untuk keterangan lanjut.

2)Penyembelihan lembu daging untuk juadah hari Raya
- akan dibuat pada 8/9/2010 ,
Semua yang ingin terlibat untuk turut serta dalam aktiviti gotong royong
penyembelihan dan tempahan daging lembu tersebut,
Sila rujuk kepada AJK /En. Andik Yakob untuk keterangan lanjut.
3)Majlis Marhaban sepena Hari Raya:
akan ditetapkan tarikhnya kemudian.
Sila Rujuk AJK terdekat untuk keterangan lanjut.

p/s: Jika ada ucapan Hari Raya dan gambar yang ingin anda siarkan dalam blog ini,
Sila email kepada : nordin@ymail.com.

Terima Kasih.

Saturday, August 7, 2010

Pondok Tok Guru



Perasmian Pondok Tok Guru (Terletak di belakang rumah En Shafie)
telah disempurnakan oleh
Al -Uztaz Haji Md Long dan diiringi oleh
Pengerusi Persatuan Penduduk En Nordin Bin Othman
pada 7hb Ogos yang lalu.
AJK Persatuan dan penduduk yang hadhir mengucapkan Tahniah dan berterima kasih kepada
En Shafie dan keluarganya keatas niatnya yang murni mewakafkan pondok tersebut kepada
warga Bukit Jati untuk digunakan sebagai pondok menyampaikan dan menimba
ilmu dunia dan akhirat.
Sesiapa yang berhajat untuk menggunakan pondok tersebut untuk tujuan mengadakan kelas-kelas agama atau apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan ilmu, bolehlah berhubung terus dengan En Shafie.

Friday, August 6, 2010

AWASI VIRUS DENGGI DISEKELILING RUMAH KITA !!

KERJASAMA ANDA DEMI UNTUK KEBAIKKAN
KITA BERSAMA AMAT DI HARGAI.


PEMERIKSAAN OLEH JABATAN KESIHATAN
DARI RUMAH KERUMAH AKAN DIBUAT
PADA BILA-BILA MASA !!!

(Sila klik pada poster untuk lihat imej yang lebih jelas)