Thursday, August 30, 2007

Sambut Merdeka di rumah !!!

Kebanyakkan penduduk perumahan bukit jati menyambut dan meraikan detik jam 12 malam sambutan malam kemerdekaan ke 50 di hadapan TV rumah masing-masing. Berita angin yang disebarkan sejak beberapa hari yang lepas menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak keluar rumah.

Berikut adalah rakaman percikan bunga api detik jam 12 malam yang dilihat dari rumah kami (Nordin dari Lorong 1) :

Sunday, August 26, 2007

KELAB BADMINTON BUKIT JATI

Laporan Berita Sukan
- Mohd. Termizi

Kelab Badminton yang telah 'beroperasi' selama lebih kurang 2bulan.
Kami telah menempah gelanggang di Kompleks Sukan di Taman Rinting setiap hari Khamis jam 9.00 - 11.00mlm.
Untuk lihat gambar lain sila ke pppbukitjati@yahoo.groups








Keahlian setakat ini adalah seramai 7orang:
1. Mohd Termizi (Lrg 3)
2. Hisham (Lrg 2)
3. Fadzulli (Lrg 2)
4. Rosli S'pore (Lrg 3)
5. Hj. Yaakob (Jln Jati 2)
6. Syed (Lrg 3)
7. Azizan (Lrg 3)

Memandangkan kekurangan ahli, kami telah menjemput 'orang luar'
seramai 3 orang termasuk En. Ehsan bagi memeriahkan lagi aktiviti
ini. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00 sebulan yang
merangkumi 'shuttle' dan sewa gelanggang.

Bagi sesiapa yang berminat menyertai kami, sila hubungi:
1. M. Termizi (019-729 5069)
2. Hisham (019-740 2446)


Kepada seseiapa yang berminat utuk membawa ahli keluarga termasuk
anak anak dan isteri (terutama pada musim cuti sekolah) kami bersedia
untuk menolong menempah gelanggang tambahan (1 minggu notis).
==========================================


Monday, August 20, 2007

Upacara Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam


Pada 1hb Ogos yang lalu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Anggota polis di WPI akan ditambah
JOHOR BAHRU: Jumlah pegawai dan anggota polis dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mencecah 6,85
0 orang dengan pembukaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) baru iaitu di Nusajaya dan Seri Alam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata jumlah itu akan bertambah apabila Bukit Aman menghantar 400 lagi anggota berpangkat Konstabel yang menamatkan latihan pada Oktober depan.Katanya, dengan pembukaan dua IPPD baru itu, WPI kini mempunyai empat IPPD termasuk Johor Bahru Selatan serta Johor Bahru Utara selain menjadikan jumlah IPPD di negeri itu kepada
11."Kita akan meminta pertambahan kereta peronda untuk WPI dan buat masa ini, terdapat 220 kereta peronda yang khusus ditempatkan dalam kawasan Selatan Johor," katanya di sini, semalam.Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM394 juta untuk tujuan keselamatan dalam WPI dan setakat ini, polis sudah membelanjakan RM5.6 juta bagi pembukaan dua IPPD baru selain pertambahan untuk tujuan logistik.Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga, Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan yang kini di Tampoi, akan dipindahkan ke Tanjung Pelepas bagi menampung keperluan bot baru yang lebih besar."Polis komited menjayakan hasrat kerajaan memastikan WPI selamat dan ketika ini, kita sudah menempatkan dua helikopter di Ibu Pejabat Kontinjen Johor bagi membantu pencegahan jenayah," katanya.Musa berkata, perangkaan indeks jenayah di Johor menunjukkan penurunan dengan Indeks Jenayah Kekerasan sebanyak 6.4 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tahun lalu.Selain itu, katanya, kadar penyelesaian jenayah dalam tempoh sama juga meningkat 43 peratus berbanding tahun lalu.
Petikan sumber dari Berita Harian

Sunday, August 19, 2007

PENGANTIN EDDY & FITRIYANI @ No19 Lorong 2




SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT.
MAAFLAH tak sempat ambil gambar pengantin..
jika sesiapa yang ada gambar pengantin tu ...
boleh hantar kepada kami untuk di paparkan disini

Thursday, August 16, 2007

Jom Turut Sambut Merdeka ke 50 !!

































Meriah - Mesra dan Muafakat !!!!

16hb Ogos 2007 - Meriah - Mesra dan Muafakat !!! (3M) Nilai yang murni sebagai Slogan kepada persatuan penduduk perumahan Bukit Jati..Nilai murni tersebut jelas dapat dilihat dalam majlis yaasin di rumah setiausaha (En Zainudin) yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Kami semua ahli warga Bukit Jati mendoakan En Zainudin selamat pergi dan balik. Kita juga berharap semoga aktiviti bacaan Yaasin sebegini akan berterusan pada masa akan datang.






Apa khabar... Selamat Datang..En Nordin (Bendahari) sedang menyambut kehadiran En Akib (Pengerusi/Baju warna Biru) di Majlis Yaasin di Rumah En Zainudin (Setiausaha)

















En Akib (kanan-baju biru): "Syukur Alhamdulillah...Dengar kata nak pergi menunaikan Umrah..Semoga Selamat pergi dan Balik"
En Zainudin (kiri) : " Terima kasih..."

















Dari Kiri - En Termizi (Ketua Biro Sukan), En Isham (Ketua Biro Keselamatan) dan En Hj Yaakob (AJK Biro Agama)















Diantara jiran tetangga yang hadir - Dari Kiri - En Termizi, En. Nordin, En Azhar dan En Akib.


















En Shafie - Ketua Jawatankuasa Alam Sekitar (sebelah Kanan) sedang menikmati juadah bersama tetamu lain yang hadir.













Anak-anak Bukit Jati.... Diantara objektif utama kita adal menerapkan nilai murni kepada anak-anak pewaris masa depan kita....

Sunday, August 12, 2007

Perumahan Bukit Jati kini tambah ceria..!!




Gambar di Pintu Masuk Perumahan Bukit Jati -
photo diambil pada 13/08/07
Tahniah kepada Ketua AJK Alam Sekitar En Shafie diatas
projek menanam pokok bunga di sekitar pintu masuk berhampiran
pondok pos keselamatan baru.








Saturday, August 11, 2007

Iklan Penaja

Bukit Jati's Cyberhome ini di taja oleh : Koleksi NJ Alini


Post Keselamatan Perumahan Bukit Jati


Alhamdulillah !! GUARD POST kita telah siap di bina !!

POS KESELAMATAN INI AKAN MULA BEROPERASI PADA 15/08/2007 - Dikawal oleh Agensi Syarikat Keselamatan yang dilantik.
Gambar : En Akib (Baju Warna Hitam) Pengerusi Persatuan yang merupakan tunggak utama yang bersungguh-sungguh untuk merialisasikan impian setiap penduduk Perumahan Bukit Jati untuk memiliki pondok pos keselamatan . Gambar beliau bersama ahli dan AJK yang sedang sibuk membantu menyiapkan pembinaan PONDOK KESELAMATAN yang diambil pada bulan June yang lalu.
Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuklah sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit !!

Surat Pekeliling - B07-003 - Sukarelawan keselamatan


Surat Pekeliling B-07/001 - Yuran Keselamatan


yahoo groups !!

Your pppbukitjati group at Yahoo! Groups is good to go.

Here're the details on pppbukitjati:Group home page: http://asia.groups.yahoo.com/group/pppbukitjati

Group email address: pppbukitjati@yahoogroups.com

Selamat Datang

Kepada semua ahli Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati :
Kami mengalu-alukan dan mengucapkan terimakasih kerana mengunjungi blog ini.
Semoga dengan penyertaan Tuan/Puan dalam blog ini akan dapat merapatkan lagi
hubungan sialturrahim antara kita semua penduduk perumahan Bukit Jati.
Jika anda ingin menyiarkan artikel, makluman, gambar atau apa saja posting untuk kita
kongsi bersama sila hantar ke email : pppbukitjati@yahoo.com.my
Sebarang komen dan cadangan juga boleh di hantar melalu email atau terus berforum
di Group home page: http://asia.groups.yahoo.com/group/pppbukitjati