Monday, March 8, 2010

Maulidul Rasul 1431H bersamaan 2010 Masehi

Alhamdulillah, majlis Maulidul Rasul tahun ini berjalan lancar walaupun terlewat sedikit pada permulaannya. Sambutan tahun ini dimeriahkan seperti biasa dengan persembahan nasyeed, hafazan dan alunan sajak oleh anak anak kita.

Diharapkan suasana permuafakatan dan kerjasama di kalangan penduduk dapat diterapkan lagi dengan nilai nilai murni sebagaimana yang diajar oleh junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Jauhkan sifat hasad dengki, dendam mendendam, tidak amanah, tamak, tidak bersyukur, berbohong dan bermusuhan.

Sebaliknya kita seharusnya mempunyai sifat sifat Mahmudah seperti jujur, amanah, bantu membantu, bercakap benar, bersyukur, prihatin, kasih sayang, silaturahim, berterima kasih, toleransi, saling bermaafan, tingkah laku dan tutur kata yang baik dan perasaan takut dan kagum dengan kehebatan ALLAH S.W.T.

Sebahagian daripada photo photo pada malam tersebut:

Sunday, March 7, 2010

Pelancaran Facebook Bukit Jati



Salam sejahtera kepada semua warga/ahli keluarga Perumahan Bukit Jati..
Sila lawati dan daftar ahli facebook Bukit Jati.
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan dan seterusnya dapat merapatkan lagi tali silaturrahim diantara kita semua..

Saturday, March 6, 2010

Penyata Kewangan Majlis Sambutan Maulidurrasul 2010


Seluruh AJK mengucapkan jutaan terimakasih diatas sumbangan dan derma dari ahli-ahli PPP Bukit Jati untuk menjayakan majlis maulidurrasul 2010. Lebihan wang dari derma/sumbangan akan disimpan ke dalam tabung Agama untuk membiayai akltiviti /majlis agama pada masa akan datang. Semoga Allah jua yang akan membalas jasa baik Tuan/Puan.

Monday, March 1, 2010


Sambutan Maulidul Rasul 1431H bersamaan 2010

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Maulidul Rasul bagi tahun ini akan diadakan:

Hari : Sabtu

Tarikh : 06hb Mac 2010 bersamaan 20 Rabiul Awal 1431H

Masa : 8.30 malam

Tempat : Pondok Hijau

Atucara Majlis :
1. Solat Isyak berjamaah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Long
2. Kata kata aluan oeh Pengerusi PPPBJ
3. Nasyid oleh anak anak PBJ
4. Bacaan Rawi
5. Ceramah Agama oleh Ustaz Ahmad Long
6. Selawat beramai ramai
7. Jamuan

Kami menjemput seluruh penduduk Muslimin dan Muslimat dapat hadir ke majlis yang mulia ini. Kami juga mengharapkan sumbangan sekurang kurangnya RM30.00/seisi rumah bagi menampung majlis ini.

Sekian. Terima kasih
Setiausaha PPPBJ