Sunday, May 9, 2010

Gotong Royong


Syukur Alhamdulillah.. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing..AJK PPP Bukit Jati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Bukit Jati yang telah bersama-sama bergotong Royong membersihkan rumah terbiar di No 1 Jalan Jati 2 pada 9/5/2010.

Rumah ini akan bakal berubah wajah tidak lama lagi dan akan digunakan untuk aktiviti PPP Bukit Jati pada masa akan datang.

Sebanyak RM168.00 telah berjaya dikumpul untuk derma tabung persatuan pada hari tersebut. Terima Kasih juga kepada individu yang telah bersetuju untuk memberikan sumbangan untuk memperbaiki rumah tersebut dalam bentuk keperluan asas seperti air, api,kerja mengecat dan lain-lain lagi. Kepada yang ingin menderma masih boleh menghubungi En Zainudin (Bendahari) atau AJK yang lain.