Monday, October 31, 2011

Yuran Sekuriti

Kami sangat mengalu -alukan sumbangan anda
kepada keselamatan dan kesejahteraan Warga Bukit Jati.
Dengan Sumbangan anda
serendah RM50 sebulan/ setiap Rumah
Kita dapat meningkatkan tahap
keselamatan kita bersama.

Majlis Korban sempena Aidil Adha

Pengumuman :
Semua warga bukit Jati dijemput hadir untuk menyempurnakan
Majlis Qurban
pada 6hb November 2011
bermula selepas Solat Zohor
Anda dijemput untuk bergotong royong melapah daging dan
membahagi2kan 2 ekor daging qurban kepada fakir miskin.
Jamuan Makan malam juga di sediakan (Hidangan Sup)
untuk warga Bukit Jati pada malam tersebut.

Thursday, October 20, 2011

Anjung Jati


(Nota : Kertas kerja ini untuk kegunaan rujukan warga Per. Bukit Jati Sahaja dan tidak boleh dicetak dan diedarkan tanpa kebenaran AJK Persatuan Penduduk)



KERTAS KERJA PROJEK :

Cadangan membina Bangunan Balai Serbaguna

Anjung Jati

Perumahan Bukit Jati, Taman Air Biru,

Pasir Gudang.


LOKASI :

Laman Bukit Jati bersebelahan dengan Taman Permainan Kanak-kanak Perumahan Bukit Jati.


PENGENALAN:

Cadangan untuk membina Anjung Jati ini adalah sebagai memenuhi keperluan penduduk Perumahan Bukit Jati sebagai kemudahan untuk mengadakan majlis-majlis keraian, majlis ilmu dan lain majlis yang berkaitan dengan kebajikan dan sosial penduduk.

Anjung Jati yang dicadangkan ini juga merupakan sebuah bangunan terbuka berukuran 50’x15’ yang akan digunakan sebagai Balai Utama / Pentas Utama kepada semua jenis aktiviti penduduk.


OBJEKTIF:

Dengan adanya Anjung Jati ini nanti kita berharap ianya akan mencapai objektif-objektif berikut:

1) Penjimatan kos dari segi persediaan khemah untuk setiap kali mengadakan majlis

2) Mengadakan lebih kerap majlis-majlis yang boleh meningkatkan hubungan silaturrahim antara warga penduduk

3) Kemudahan untuk mengendalikan kelas-kelas ilmu untuk semua jenis golongan dan peringkat umur.

4) Kemudahan untuk sebagai Pusat Riadah

5) Kemudahan untuk mengendalikan mesyuarat persatuan dan sebagainya.


TEMPOH PROJEK & JADUAL KERJA:

Dijangkakan akan siap dalam tahun 2011 untuk tempoh kurang 2 bulan

14/10 Mesyuarat Persetujuan Cadangan

16/10 Kenalpasti tapak

26/10 Perasmian Tapak

Kerja-kerja pembinaan dijangka akan siap sehingga hujung bulan November


KOS PROJEK

Kos keseluruhan pembinaaan akan ditanggung sepenuhnya melalui sumbangan kewangan dari seluruh warga Perumahan Bukit Jati sendiri. Pihak AJK mencadangkan untuk permulaan kutipan minima RM100.00 dari setiap rumah adalah perlu untuk menampung kos pembinaan terutamanya untuk membayar gaji pekerja dan bahan-bahan sampingan yang di anggarkan lebih RM5,000.00 yang kos tersebut tidak termasuk Kos penyediaan Bahan utama untuk bangunan tersebut yang mana telah di sumbangkan secara ikhlas oleh salah seorang warga Bukit Jati.


PELAN / LAKARAN STRUKTUR BANGUNAN

(Lakaran ini hanya panduan dan bentuk sebenar bangunan akan berubah mengikut keperluan dan persetujuan semasa temph pembinaan)


CADANGAN PELAKSANAAN

Sebagai memudahkan pelaksanaan projek , satu JAWATAN KUASA KHAS PROJEK telah dicadangkan seperti berikut:

1) PENASIHAT – EN AKIB

2) PENGARAH PROJEK – EN KAMARUDIN

3) PENGURUS KEWANGAN – EN NORDIN

4) PENGURUS PELAN - – EN SYED

5)PENGURUS PROJEK – EN SHAFIE

6) PENGURUS TAPAK PROJEK DAN PERANCANGAN BAHAN - HJ MODRIFFI

7)PENOLONG PENGURUS TAPAK PROJEK

i. EN ANDIK

ii. EN TARMIZI

iii. HJ SOBRI

iv. EN SHARIFF

Skop Kerja Ahli Jawatan Kuasa Khas adalah untuk bermesyuarat dari masa kesemasa untuk memastikan semua kerja –kerja persediaan sebelum pembinaan dan kerja-kerja pembianaan berjalan lancar supaya dapat menyiapkan dan menyerahkan Bangunan dengan sempurna kepada AJK Penduduk dalam tempoh yang dianggarkan.

AJK Khas juga bertanggung jawab untuk mengumpulkan dana dari penduduk bagi tujuan pembinaan bangunan tersebut.


PENUTUP/ KESIMPULAN

Cadangan pembinaan Anjung Jati akan ini merupakan mercu tanda dan simbolik kepada penyatuan dan keutuhan kerjasama warga penduduk Perumahan Bukit Jati. Besarlah harapan kami dengan izin Allah s.w.t impian ini akan tercapai dengan jayanya.

Oleh itu sokongan Tuan/Puan terutama dari kalangan ahli warga Bukit Jati sendiri amat-amat kami sanjung tinggi. Bukan sekadar bantuan wang ringgit tapi apa jua yang berkaitan dengan pembinaan Anjung Jati ini termasuklah sokongan moral, kepakaran dan tenaga sangat-sangat di harapkan.

Semoga Pembinaan Bangunan Anjung Jati ini akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya demi menafaat dan kebaikkan warga penduduk Perumahan Bukit Jati.

Sebarang perkara yang berkaitan dengan kertas kerja ini Tuan/Puan boleh buat pertanyaan terus kepada :

PENGERUSI

PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN BUKIT JATI

Tel : 013 777 0005 email : nordin@ymail.com



Saturday, September 24, 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Marhaban 2011

Tarikh : 23/09/10(Jumaat) dan 24/09/11 (Sabtu) jam 8.00 hingga 11.30mlm
Tempat : Laman Bukit Jati

Dengan keberkatan dan ketentuan Nya, dengan cuaca yang sungguh baik, alhamdulillah sambutan tahun ini sungguh meriah dengan kehadiran warga P. Bukit Jati. Dimulai dengan marhaban yang diketuai oleh bilal Mesjid Perjiranan 9, Pak Ya, kumpulan marhaban bermula dari Lorong 2 ke Lorong 3 pada hari Jumaat jam 8.00mlm dan berakhir jam 10.30mlm dan jamuan di rumah En Shafiee.

Pada hari berikutnya bermula jam 8.00mlm, yg diketui oleh bilal Pak Ya juga, kumpulan marhaban bermula dari Jln Jati 2, rumah Pak Akib hinggalah berakhir di Lrg 1, dirumah En. Nordin.
Jamuan telah disediakan secara potluck dan sebahagian besar darinya adalah sumbangan dari Muslimah Jati.

Tahun ini agak berlainan sedikit dimana sebelum ini kita menjemput kumpulan marhaban dari Mesjid Perjiranan 9, yang diketui oleh imam Hj Razak. Tetapi kali ini cuma diketuai oleh bilal Pak Ya, kumpulan marhaban adalah dari kalangan penduduk dan anak anak Bukit Jati.

Tuesday, September 13, 2011

Marhaban dan Sambutan Hari Raya 2011

Ruj Kami : PBJ/11/09/02

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Hari Raya 2011 dan marhaban tahun ini akan diadakan pada :

Hari : 23hb Sept (Jumaat) dan 24hb Sept. 2011 (Sabtu) jam 8.00mlm

Tempat jamuan : Rumah Shafiee (23hb.) dan Laman Jati (24hb.)

Sehubungan itu, majlis akan dimulakan dengan marhaban dari rumah ke rumah.
Lorong 2 and 3 akan diadakan pada 23hb Sept. 2011, manakala Jln Jati 2 and Lorong 1 pada 24hb Sept. 2011.
Dibawah ini kami senaraikan nama nama tuan rumah yang dijemput menyertai kumpulan marhaban (sila hubungi setiausaha jika nama tidak tersenarai):

Jln Jati 2 : En. Othman, Puan Norizah, Hj Zul, En.Shariff, Pn Zawiyah, En. Dollah, En. Norizan, Hj. Sobri, En. Azman, En. Azhar, Kak Chik, En. Jalil,Hj Yaakob, Hj Modtrifi, En. Azmi, Hj Tahir, Pn. Suria, En. Farid, Hj Esa, En. Akib

Lorong 1 : Hj Jailani, En. Nordin, En. , En Adnan, En. Azwan

Lorong 2 : En. Jaafar, Hj. Kamarudin, En Mazli, En. Isham, En. Ali, Hj. Salehuddin, En. Andik, En. Ezuddin, En. Fadzuli, Pn. Mariam

Lorong 3 : Hj.Karim, Pn Zahirah, Hj. Termizi, En. Zainuddin, En. Syed, En. Ezhar, En. Johari, En. Hisham, En. Danny Sham, En. Suhardi, Puan Mariam, En. Shapiee, En. Rosli

Untuk mejayakan majlis ini, kami berharap tuan/puan dapat membawa juadah untuk 5-6 orang untuk jamuan yang akan diadakan di akhir marhaban nanti (Air minuman akan disediakan oleh pihak Persatuan). Diharapkan juga, tuan/puan dapat menyediakan sedikit wang sumbangan untuk tabung kebajikan Persatuan semasa marhaban dijalankan.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan, dapat menyerikan lagi suasana di majlis ini.
Terima kasih.

Setia usaha
H/phone :019-729 5069

Sunday, August 21, 2011

Aktiviti Menjelang Hari Raya Aidil Fitri

Seperti tahun-tahun sebelum ini Pihak Persatuan pada tahun ini juga akan meneruskan tradisi gotong royong melapah dan menjual daging lembu dengan harapan hubungan silaturrahim dikalangan warga bukit jati dapat dipertingkatkan sambil bertukar maklumat sebelum menjelangnya Hari Lebaran.

Hari - Ahad - 3.00 hingga 7.00 ptg
(28/8/2011)
Tempat - Laman Bukit Jati

Hasil Jualan Daging pada kadar lebih murah dari pasaran untuk warga Bukit Jati yang turut serta dalam akitiviti ini sahaja. Keuntungan dari Hasil Jualan Daging akan disalurkan ke Tabung Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati.

Kepada warga yang berminat ingin turut serta atau ingin membuat tempahan daging (Khas untuk Warga Bukit Jati sahaja) sila hubungi Bendahari / Setiausaha Persatuan sebelum 27/8/2011.

Sunday, August 14, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Syukur Alhamdulillah kita semua
diketemukan lagi dibulan yang mulia
Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah
Moga kita warga Perumahan Bukit Jati
diberikan keberkatan dan kesejateraan olehNya.
Insya Allah.

Wednesday, July 6, 2011

Thursday, February 3, 2011

Jemputan Majlis Maulidur Rasul

PENCERAMAH UNDANGAN:

ALFADHIL USTAZ HJ MAT ESA BIN DERAMAN

Blog : Tokku Pasir Gudang
Face Book : Mat Esa Deraman

(Gambar Ustaz Mat Esa (Kiri) bersama dengan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili (Kanan)
di Perhimpunan Feqah sedunia 2007 di Hotel Marriot, Putra Jaya.
)


antara Kuliah beliau di You Tube:

Dunia Hanya Permainan

Siapa yang melalaikan kita ingat Allah?

Tuesday, February 1, 2011

Happy Chinese New Year !!

Seluruh Warga Bukit Jati menucapakan
Gong Xi Fatt Choy !!
kepada Warga China
di Per. Bukit Jati.

Wish You and Your Family always in good health
and more prosperity this year !!

Monday, January 31, 2011

Gotong Royong Jan 2011

Gotong Royong tahun 2011 bermula pada 23hb Jan '11 yang lalu. Kawasan sasaran adalah di belakang Jalan Jati 2. Dengan penglibatan AJK dan ahli ahli, bermula dari jam 8.30pagi hingga 11.00pagi, suasana sungguh hebat dengan ikatan ukhwah dan bantu membantu, kerja kerja menjadi senang dan beres tanpa halangan.

Saturday, January 22, 2011

Kuliah Agama Bulan Januari

Syukur Alhamdulillah pada 22/1/11, Kuliah Agama Bulanan yang dibimbing oleh Ustaz Hj Mad Long telah diadakan di Pondok Tok Guru, Perumahan Bukit Jati.
Pada malam tersebut Ustaz telah menghuraikan Bab Fekah yang berkaitan dengan Solat Qasar dan Solat Jamak.

Insya Allah aktiviti ini akan diteruskan dan mulai Bulan Februari, Kuliah Agama akan diadakan pada Hari Jumaat malam Sabtu @ Minggu Ketiga.

P/s: Bagi Pihak AJK memohon ampun dan Maaf ttg perubahan saat-saat akhir tempat ceramah atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Tempat Kuliah akan dibuat secara bergilir di Pondok Hijau & Pondok Tok Guru.

Thursday, January 20, 2011

Tabung Kebajikan Khas


Saya mewakili AJK PPP Bukit Jati ,
memohon kepada Tuan/Puan Warga Bukit Jati yang ingin
menyumbangkan derma ikhlas kepada
Tabung Kebajikan Khas tersebut bagi membantu salah seorang keluarga
warga Bukit Jati yang memerlukan bantuan kewangan.
Bantuan itu akan digunakan untuk membiayai kos biaya menghantar anaknya yang akan melanjutkan pelajaran pada 7hb Feb 2010 di sek berasrama penuh.
Sesiapa yang ikhlas ingin membantu bolehlah menyerahkan sumbangan Tuan/Puan kepada AJK atau terus kepada Pengerusi Persatuan sebelum 31hb January, 2011.

Tuan/Puan juga boleh masukkan terus Derma Ikhlas Tuan ke akaun
Pemegang Amanah PPP Bukit Jati
CIMB : 01090099503529
(En Nordin & En Zainuddin)
sila SMSkan jumlah yang Tuan/Puan Puan dermakan untuk rujukan kami.

Semoga Allah jua ynag membalas keikhlasan dan keperhatinan Tuan/Puan.

Untuk keterangan lanjut , Tuan/Puan boleh hubungi Pengerusi Pesatuan.
Sekian . Terima Kasih.

Tuesday, January 4, 2011

Alhamdulillah Selamat Kembali

Warga Bukit Jati bersyukur dan ucapkan
Tahniah kepada
Haji Sallehudddin dan Isteri
kerana telah selamat pulang ke Tanah Air
dari mengerjakan Ibadah Haji.