Wednesday, April 30, 2008

Cubaan rompakan waktu pagi

LORONG 3 : Satu cubaan rompakan menggunakan senjata tajam pada 30hb April 2008 di sebuah rumah warga bukit jati di lorong 3 waktu pagi lebih kurang 11.15 pagi. Walaubagaimana pun tiada sebarang kecederaan dilapurkan dan perompak tersebut tidak sempat mengambil apa-apa oleh kerana suri-rumah diberitakan sempat menjerit dan mendapat bantuan jiran setempat yang menyebabkan perompak tersebut sempat melarikan diri.
Sehubungan dengan perkara tersebut diatas, semua penduduk di nasihatkan tidak meninggalkan rumah atau membiarkan pagar tidak berkunci. Kita juga di nasihatkan agar tidak meninggalkan anak-anak di-rumah tanpa pengawasan orang dewasa walaupun di waktu siang hari
AJK Persatuan Penduduk Bukit Jati menyeru agar semua warga Perumahan Bukit Jati memberikan kerjasama keatas usaha meningkatkan tahap keselamatan terutama dari segi menjelaskana sumbangan yuran keselamatan yang mana akhir-akhir terdapat segelintir ahli yang mengabaikannya.

Tuesday, April 29, 2008

En Jamin masuk wad

29hb April : En Jamin di maklumkan kini sedang mendapat rawatan di wad 7A (katil 24) di Hospital Sultan Ismail, Taman Mount Austin kerana di syaki menghidapi kanser paru-paru. Sila hubungi keluarga beliau untuk keterangan lanjut.
Mari-marilah kita bersama mendoakan agar beliau cepat sembuh. Amin.

Thursday, April 24, 2008

Tuesday, April 15, 2008

Papan Tanda & Alamat

Oleh Kerana tiada lagi Sign Board atau Papan Tanda penunjuk arah ke Perumahan Bukit Jati yang dahulunya dikenali sebagai Perumahan MIEL, terdapat rungutan dan kekeliruan dari kalangan pengunjung dan penduduk Perumahan Bukit Jati sendiri.

Pihak AJK sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan Sign-Board/Papan Tanda rasmi dari pihak PBT. Kami juga sangat mengalu-alukan jika ada individu dari kalangan penduduk/ahli yang ingin menyumbangkan wang untuk kos membuat papan tanda tersebut.

Untuk mengatasi masaalah tersebut sila gunakan format alamat seperti berikutL

NO**, Lorong**, Jalan Jati 2,
Perumahan Bukit Jati,
(Sebelah SMK PG3)
Taman Air Biru,
81700, Pasir Gudang,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

p/s Jika menghantar barang melalui POS, jangan lupa sertakan No telefon penerima.


Monday, April 14, 2008

MAJLIS AJK PERSATUAN MUSLIMAH JATI





Gambar

AJK INDUK Muslimah Bukit Jati -2010


-------------------------------------------------------------------------------------






(Sila klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas)





Gambar sebahagian AJK dan ahli yang hadhir di Majlis Mesyuarat Agung Pemilihan AJK Persatuan Muslimah Jati 2008 pada 16/2/2008.

Tahniah !!!


Selamat Menjalankan Tugas dan semoga mendapat kerjasama dan sokongan yang erat dari semua kalangan muslimah di perumahan Bukit Jati demi faedah dan kebaikkan kita semua.

Wednesday, April 2, 2008

Yuran Keselamatan dan Status Akaun PPP Bukit Jati

Tuan/Puan (Ahli PPP Bukit Jati sahaja),
Kini anda boleh melihat sendiri status bayaran yuran keselamatan dan jumlah wang yang terkumpul dalam akaun PPP Bukit Jati.
Untuk buka file tersebut , sila klik di sini:
Sila hubungi bendahari untuk dapatkan password sementara anda terlebih dahulu.
Jika anda belum mendaftar sebagai ahli di yahoo groups PPP Bukit Jati, Sila daftar sebagai ahli dahulu disini: