Monday, December 8, 2008

Ibadah Qurban 8hb Dec 08.

Dengan nama Allah yang Maha Besar, dengan keberkatan dan Keredhaan Nya, ibadah Qurban tahun ini telah berjalan dengan begitu lancar walaupun terpaksa mengharungi keadaan cuaca hujan yang membawa berkat kepada majlis ini. Dua (2) ekor lembu untuk Qurban dan Akikah adalah dari Naib Pengerusi kita, En. Shafie dan keluarga beliau. Dengan bantuan penduduk Perumahan ini dan keluarga En. Shafie, segala penat lelah dan semangat gotong royong yang ditunjukkan, menjadikan ibadah ini sungguh sempurna dan meriah. Sumbangan Qurban En. Shafie dan keluarga kepada fakir miskin adalah sebahagian daripada ibadah yang amat dituntut oleh Agama kita. Kami juga amat menghargai segala sumbangan/hadiah beliau iaitu daging Qurban kepada penduduk penduduk Perumahan. Amin...



Majlis Ibadah Qurban tahun ini juga disudahi dengan jamuan masakan sup diadakan pada sebelah petang dan jamuan nasi brayani pada sebelah malamnya. Penyediaan untuk jamuan ini telah dianjurkan oleh pihak persatuan dengan kerjasama Muslimah Bukit Jati. Masakan sup dan lauk pauk disediakan dengan kerjasama kaum ibu Muslimah dan ahli keluarga En. Shafie. Nasi Bryani disediakan oleh Hj. Karim.
Setinggi tahniah kepada AJK yang dilantik untuk penganjuran ibadah Qurban ini, iaitu Hj. Zul (makanan), En. Andik (penyembelihan/melapah), En. Syed/Zainuddin (khemah), Hj Karim (peralatan memasak) dan Muslimah Jati (masakan/sup).
Pihak AJK Perumahan Bukit Jati juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat diantaranya Zainuddin, Hj Yaakob, Hj Esa, Norizan, Shafiee, Syed, Mazli, Hj Zul, Hj Tahir, Iskandar, Wan, adik Emma, Hisyam, Izuddin, Andik, Akib, Mizi, Farid, pekerja Indon Kiswire, Shariff, Hairi, Pak Jaafar, anak anak B. Jati, Mulimah Jati, keluarga En. Shafiee dan lain lain yang tidak dapat kita senaraikan dan berharap aktiviti dan ibadah korban seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.


No comments: