Monday, January 21, 2008

Cadangan Logo pada T'shirt untuk Hari Keluarga

Logo ini akan digunakan pada T/shirt hari Keluarga Bukit Jati 2008. (Saiz 100%) di bahagian depan dada sebelah kiri.
Jika ada sebarang cadangan dan bantahan sila email kepada pppbukitjati@yahoo.com.my

Monday, January 14, 2008

Mesyuarat Hari Keluarga (#03)






Pengumuman:



Merujuk kepada surat yang telah diedarkan kepada semua penduduk tempohari, AJK Khas untuk Program Hari Keluarga Bukit Jati '08 telah bermesyuarat untuk kali ketiga di Pondok Hijau pada 14/1/08. Didalam mesyuarat tersebut beberapa perkara berikut adalah telah diputuskan dan dipersetujui untuk tindakan:

1)Hari Keluarga pada tahun ini akan diadakan dalam kawasan perumahan sahaja.
2)Tarikh yang di cadangkan ialah pada hari Sabtu dan Ahad (1&2hb March 2008)
3)AJK akan bermesyuarat semula pada satu tarikh akan datang untuk memperinchikan 4)En Shafie, En Termizi dan Hj Yaakob telah dilantik sebagai AJK sukan dan Telematch untuk acara pada hari tersebut.
5)En Nordin selaku Pengerusi AJK Kecil Hari Keluarga akan meguruskan hal2 uniform dan promosi seperti banner dll.

Sekian Harap Maklum.
p/s:
Terdapat Kesilapan Tarikh dan Nombor Rujukan surat untuk surat yang telah diedarkan pada 16hb January. Harap Maaf .
(Klik pada imej surat untuk lihat lebih jelas)



Wednesday, January 9, 2008

Salam Maal Hijrah

Mewakli seluruh warga
perumahan BUKIT JATI
mengucapkan
Selamat menyambut Tahun Baru
1429 Hijrah
(1 muharram yang jatuh pada 10/1/08)

Koleksi NJ Alini

↑ Grab this Headline Animator

Monday, January 7, 2008

Cadangan Hari Keluarga.

Sila rujuk surat pekeliling yang telah dihantar ke rumah anda atau merujuk segera kepada AJK PPP Bukit Jati untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dari anda dan sila email kepada kami dengan segera sebelum mesyuarat AJK HARI KELUARGA pada 14hb Jan 2008 akan datang.
Terima kasih.
PESANAN DRP:
PENGERUSI HARI KELUARGA BUKIT JATI '08

Saturday, January 5, 2008

Malam Seribu Kenangan Sejuta Impian


Pada 5hb Januari yang lalu, di pondok Hijau, En Akib bersama AJK Persatuan Pendududuk Perumahan (PPP) Bukit Jati telah mengadakan majlis ringkas dan sederhana untuk meraikan mereka yang telah terlibat secara langsung menjayakan aktiviti persatuan disepanjang tahun 2007. Kita berharap momentum yang sedia ada dapat dikekalkan dan di perbaiki untuk tahun 2008 !!!.

Juadah Utama seekor kambing telah di sumbangkan oleh En Kamarudin ( orang panggil "Adun" tapi bukan ADUN politik). Beliau juga salah seorang AJK tetapi jarang bersama kita sepanjang tahun lalu atas sebab tugasnya di luar negara.

Selepas selesai majlis jamuan tersebut AJK PPP Bukit Jati juga telah bermesyuarat untuk membincangkan aktiviti-aktiviti untuk kalendar tahun 2008. Diantaranya bersetuju untuk menambah satu lagi aktiviti tahunan yang sedia ada iaitu HARI KELUARGA pada cuti hari raya cina akan datang (7-9/2/2008). Satu AJK kecil telah dibentuk yang diketuai oleh En Nordin akan merangka dan memaklumkan kepada semua ahli/penduduk tentang aktiviti HARI KELUARGA tersebut.

Untuk lihat gambar lebih jelas sila klik pada gambar dan untuk lihat gambar yang lain sila klik ke http://bukitjati.fotopages.com/

Thursday, January 3, 2008

Penyata Kewangan 2007

PENGUMUMAN

Penyata kewangan 2007 boleh anda lihat di laman berikut:

http://asia.groups.yahoo.com/group/pppbukitjati/files/
(Untuk ahli berdaftar sahaja)

Selamat Tahun Baru 2008 Masehi dan 1429 Hijrah !

Sekian Terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
Bendahari.