Wednesday, January 29, 2014

Lawatan Tapak Pegawai MIDF Property Bhd ke Per. Bkt Jati






29-30/1/2014 - Anjung Jati 
Lawatan kerja dari MIDF (Pemaju Perumahan MIEL) dibawah program CSR  telah disambut mesra oleh Jawatankuasa dan penduduk Perumahan Bukit Jati. 
Semasa  perjumpaan tersebut En Azwan Radzi mewakili MIDF telah menyampaikan hasrat mereka untuk menyerahkan Rumah No1, Jalan Jati kepada Persatuan untuk kegunaan dan faedah komuniti Perumahan Bukit Jati.
En Nordin bersama Jawatankuasa penduduk juga mengalu-alukan hasrat murni itu kerana ia sangat menepati dengan keperluan persatuan yang inginkan sebuah rumah komuniti. Diantara keperluan persatuan ialah untuk mendapatkan tempat yang sesuai bagi program keagamaan seperti mengadakan kelas fardhu ain, kelas mengaji Quran dan Kem Solat. Rumah komuniti itu diharapkan akan menjadi pusat maklumat dan dapat digunakan untuk aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan keceriaan penduduk seperti menganjurkan kelas2 kemahiran dan lain-lain.


In Syaa Allah penyerahan Rumah tersebut dijangkakan akan dibuat pada beberapa bulan akan datang setelah selesai kerja-kerja baik pulih rumah tersebut.







<  Keadaan Rumah sehingga January 2014.

Sunday, January 19, 2014

Kata Aluan Pengerusi

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Salam sejahtera,

Buat semua pengunjung Blog ini dan khasnya kepada warga Bukit Jati yang di hormati lagi dikasehi,

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita warga Bukit Jati dapat dikuatkan semangat untuk terus mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita.

Syabas  dan tahniah diucapkan kepada semua Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati yang telah terpilih untuk mendapat mandat dan amanah dalam pemilihan AJK semasa Mesyuarat Agung bagi sessi 2014/15 yang lalu. Semoga dengan komitmen Tuan/Puan beserta sokongan dan kerjasama dari ahli-ahli (warga) Perumahan Bukit Jati, kita semua diberikan kekuatan olehNya untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada persatuan kita.

Didalam kita semua mengharungi kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar dengan tugas-tugas harian, kita juga terikat dengan tuntutan untuk memperbaiki silaturrahim  antara jiran-jiran kita. Untuk tempoh dua tahun akan datang, saya dan AJK telah meletakkan pelbagai harapan dengan mengatur beberapa gerak kerja dan program demi kebaikkan kita bersama. Diantara harapan dan gerak kerja yang telah disepakati bersama adalah seperti :

1)            Memperkasakan Fungsi dan Tugas AJK
2)            Menambah aktiviti yang lebih baik
3)            Menjalin Hubungan Luar dengan Badan Kerajaan dan NGO
4)            Menjana Ekonomi untuk menambah dana persatuan
5)            Mengelola aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim
6)            Memperbaiki sistem sekuriti yang sedia ada

Sehubungan dengan itu, penggunaan Blog dan facebook menjadi salah satu cara perhubungan komunikasi yang berkesan pada zaman sekarang..Oleh itu saya berharap semua warga Bukit jati dapatlah kiranya selalu mengunjungi Blog ini untuk mengetahui pekembangan semasa aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan dari masa kesemasa. Saya juga mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan berkomunikasi untuk memberikan pendapat dan teguran yang sihat melalui Blog dan Facebook Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati.

Saya berharap kita semua  dapat sentiasa memupuk niat yang ikhlas sebelum melakukan amal jariah, fikiran yang positif terhadap sebarang perubahan, semangat kekitaan dan kejiranan yang tinggi dalam menghadapi cabaran. Budaya saling menghormati dan mengutamakan jiran dalam melaksanakan tugasan aktiviti persatuan amat penting untuk menggarap objektif yang dicita-citakan. Di samping itu berdoa dan bertawakkal sewajarnya sentiasa dilakukan semoga Allah akan memberi petunjuk dan rahmatNya dalam apa-apa jua keputusan yang dibuat dan apa-apa jua tindakan yang dilakukan.

Saya menyeru kepada semua warga Bukit Jati yang masih belum pernah turut serta dengan aktiviti-aktiviti Persatuan, supaya dapat meluangkan sedikit masa untuk hadir ke majlis dan aktiviti yang telah di atur demi memenuhi tuntutan untuk kita berbuat baik antara sesama jiran tetangga.

Sesungguhnya manusia hanya boleh merancang namun Allah jua yang menentukan. Oleh itu, kita sewajarnya terus berusaha, dan tidak merasa letih dan jemu apatah lagi kecewa untuk bekerja sehingga tercapai apa yang kita cita-citakan. Semoga dengan berkat kegigihan, kesabaran dan kepasrahan kepada Yang Esa, kecemerlangan yang telah kita capai pada masa kini akan terus meningkat ke tahap kegemilangan yang dapat memberikan menafaat yang maksimum kepada kita semua.

Akhir kata saya ucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog ini. Berikan lah teguran yang membina jika ada. Di samping itu, kita perlu sentiasa mengharap dan memohon kepada Allah agar apa-apa jua kesalahan dan kesilapan kita dalam melaksanakan tugas dan kewajipan sehari-harian akan mendapat keampunanNya.

Bersamalah kita menjiwai dan berusaha kearah mencapai motto persatuan kita iaitu :

“Meriah, Mesra & Muafakat”


Sekian.

Yang Ikhlas Berkhidmat,

Nordin Bin Othman
Pengerusi
Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati
Pasir Gudang

19 Jan 2014

Friday, January 3, 2014

Mesyuarat Agung & Pemilihan AJK 2014-2015



NOTIS MESYUARAT AGUNG 

       Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bukit Jati, Pasir Gudang telah didaftarkan dan diluluskan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 23hb. December ’13 yang lalu. Oleh itu satu mesyuarat agung hendaklah diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru untuk 
tahun 2014/2015 :

Tarikh              :  17hb. Januari 2014 (JUMAAT)
Masa               :  8.45 malam
Tempat            :  Anjung Jati

ATURCARA MAJLIS
            8.45mlm – Pendaftaran Ahli ahli dan pembayaran yuran
            9.15mlm – Mesyuarat bermula
            10.15mlm – Mesyuarat selesai dan jamuan ringan
            10.30mlm – Bersurai

AGENDA MESYUARAT :
1    .      Ucapan Aluan Pengerusi Penaja Persatuan
2    .      Pembubaran AJK Penaja
3    .      Perlantikan AJK baru bagi sessi tahun 2014/2015
4    .      Ucapan Pengerusi yang baru dilantik.
5    .      Pembentangan Perlembagaan Persatuan.
6    .      Perkara perkara berbangkit
7    .      Doa Penutup

DIANTARA MATLAMAT PENUBUHAN PERSATUAN
1    .      Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan.
2    .      Mengadakan sistem sekuriti bagi memelihara dan menjamin keselamatan penduduk, kenderaan dan      hartanah sekitar perumahan.
3    .      Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
4    .      Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak berkuasa tempatan, swasta dan pemaju    perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

     Oleh itu, tuan/puan/tuan haji/puan hajah adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung ini dan bersama ini disertakan borong keahlian untuk diserahkan sebelum 14hb Jan ’14 bersama dengan yuran masuk dan yuran bulanan kepada setiausaha penaja.

   Sekian. Terima kasih

  Setiausaha Penaja,

 Mohd Termizi bin Abdul Rahman
 (H/P 019-7295069)