Sunday, November 28, 2010

Ceramah Agama Bulan November

Ceramah Agama oleh Uztaz Hj Mad Long @ No 5 lrg 1
pada 27/11/2010- Anjuran PPP Bukit Jati.

Friday, November 26, 2010

Ceramah Agama Bulanan - Nov '10

Semua Warga Muslim/Muslimah Per. Bukit Jati dijemput hadir ke Majlis Ceramah Agama Bulanan
Penceramah : Al Uztaz Hj Md Long.
Tarikh : 27/12/2010
Jam: 9.00 malam
Tempat: Rumah En. Nordin/Pengerusi
Semoga Allah memberikan kelapangan & kemudahan kepada Tuan/Puan
untuk hadir ke majlis ilmu tersebut di atas.
Bersama kita mendoakan
semua seluruh Warga Bukit jati akan diberikan
keberkatan dan kesejahteraan olehNya.

Sunday, November 21, 2010

SPM 2010

Seluruh AJK PPP Bukit Jati mendoakan anak-anak Bukit Jati yang menduduki peperiksaan SPM 2010 bermula 23 Nov 2010 akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Amin.

Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

Ibadah Qurban 2010

Sebahagian dari gambar-gambar semasa ibadah Qurban
oleh En Shapie dan Tn Hj Karim bersama warga
Perumahan Bukit Jati pada 17hb November 2010 yang lalu.
Seluruh AJK PPP Bukit Jati mengucapkan jutaan terima Terima Kasih
kepada semua yang melibatkan diri pada hari tersebut.
Bersama kita doakan Ibadah Qurban sempena Aidil Adha
tersebut diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Thursday, November 4, 2010

Jemputan ke Majlis Ibadah Qurban

Semua Penduduk Muslim Perumahan Bukit Jati dijemput untuk bersama-sama menyertai majlis Ibadah Qorban pada pagi Hari Raya
(selepas solat sunat aidil adha)

Jumlah Qurban : 2 ekor lembu -
Peserta Ibadah Qurban : Tuan Hj Karim (1) dan En Shafie (1)

Sila bawa pisau dan peralatan yang perlu untuk kerja-kerja melapah daging yang akan diedarkan kepada fakir miskin dan jiran tetangga.

Tuan/Puan juga dijemput hadhir kerumah Tn Hj Karim pada sebelah petang (selepas Asar) untuk Jamuan Makan Sup daging Qurban.

Sunday, September 26, 2010

sambutan hari raya dan marhaban 2010

Tarikh : 26/09/10 (Ahad) jam 9.00 hingga 11.30mlm
Tempat : Laman Bukit Jati

Dengan keberkatan dan ketentuan Nya, dengan cuaca yang sungguh baik, alhamdulillah sambutan tahun ini sungguh meriah dengan kehadiran warga P. Bukit Jati, jemaah dan anak anak kariah mesjid Perjiranan 9. Dimulai dengan marhaban yang diketuai oleh imam Hj. Razak, Hj. Moin, Hj. Shamsuddin dan Hj Shaari, kumpulan marhaban dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut lorong.

Monday, September 20, 2010

Majlis Marhaban dan Jamuan Sempena Hari Raya

Kami mengalu-alukan Tuan/Puan
warga Bukit Jati sekeluarga
untuk hadir ke Majlis tersebut di atas pada:
Tarikh : Hari Ahad - 26/9/2010
- Marhaban bermula selepas Isyak ( 8.30 mlm)
- Jamuan bermula selepas Marhaban dari rumah kerumah selesai (10.00 mlm)
Tempat Jamuan : di Laman Bukit Jati.
Aturacara: Akan dimaklumkan melalui surat.
p/s:
Untuk menetapkan kumpulan marhaban,
- sila rujuk dengan Setiausaha/AJK Agama.

Saturday, August 28, 2010

Kaunter Zakat Fitrah @ Bukit Jati

Terima Kasih Kepada Tuan Hj Razak
(Imam Mesjid Ijtihad / Perjiranan 9, Pasir Gudang)
yang telah menyempurnakan kewajipan menerima
Zakat Fitrah dari warga penduduk Bukit jati pada 28/08/2010 petang.

Friday, August 20, 2010

Persiapan Hari Raya 2010



Salam Ramadhan untuk semua warga Bukit Jati.
Sempena menyambut Aidil Fitri pada tahun ini,
beberapa aktiviti tahunan telah diatur oleh pihak AJK :

1) Kaunter zakat fitrah -
akan dibuka di sebelah pondok sekuriti
pada 28/8/2010 ( sebelah petang )
Sila rujuk kpd AJK / Hj Yaakob untuk keterangan lanjut.

2)Penyembelihan lembu daging untuk juadah hari Raya
- akan dibuat pada 8/9/2010 ,
Semua yang ingin terlibat untuk turut serta dalam aktiviti gotong royong
penyembelihan dan tempahan daging lembu tersebut,
Sila rujuk kepada AJK /En. Andik Yakob untuk keterangan lanjut.
3)Majlis Marhaban sepena Hari Raya:
akan ditetapkan tarikhnya kemudian.
Sila Rujuk AJK terdekat untuk keterangan lanjut.

p/s: Jika ada ucapan Hari Raya dan gambar yang ingin anda siarkan dalam blog ini,
Sila email kepada : nordin@ymail.com.

Terima Kasih.

Saturday, August 7, 2010

Pondok Tok Guru



Perasmian Pondok Tok Guru (Terletak di belakang rumah En Shafie)
telah disempurnakan oleh
Al -Uztaz Haji Md Long dan diiringi oleh
Pengerusi Persatuan Penduduk En Nordin Bin Othman
pada 7hb Ogos yang lalu.
AJK Persatuan dan penduduk yang hadhir mengucapkan Tahniah dan berterima kasih kepada
En Shafie dan keluarganya keatas niatnya yang murni mewakafkan pondok tersebut kepada
warga Bukit Jati untuk digunakan sebagai pondok menyampaikan dan menimba
ilmu dunia dan akhirat.
Sesiapa yang berhajat untuk menggunakan pondok tersebut untuk tujuan mengadakan kelas-kelas agama atau apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan ilmu, bolehlah berhubung terus dengan En Shafie.

Friday, August 6, 2010

AWASI VIRUS DENGGI DISEKELILING RUMAH KITA !!

KERJASAMA ANDA DEMI UNTUK KEBAIKKAN
KITA BERSAMA AMAT DI HARGAI.


PEMERIKSAAN OLEH JABATAN KESIHATAN
DARI RUMAH KERUMAH AKAN DIBUAT
PADA BILA-BILA MASA !!!

(Sila klik pada poster untuk lihat imej yang lebih jelas)

Thursday, July 29, 2010

PENGUMUMAN KHAS

ARAHAN TERBARU DARI PIHAK MIEL:
Minta pihak AJK menangguhkan dahulu niat untuk menggunakan rumah No 1 sebagai rumah Komuniti sehingga mendapat kebenaran bertulis secara rasmi.
(SEGALA KESULITAN DALAM HAL YANG BERKAITAN AMAT DIKESALI)

Wednesday, June 30, 2010

Semarak Pengisytiharan MPPG

Tahniah kepada Warga Bandar Pasir Gudang !!!
Sempena Pengistiharan Majlis Perbandaran
Pasir Gudang
pada
1/7/2010

Gambar & Video tidak jelas dan diambil hanya menggunakan Mobile Phone Camera E71 dari dalam kereta
ketika kami melintasi menara aqabah tepat jam 12 tgh malam untuk menyaksikan
Upacara Pengisytiharan
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
(MPPG)

Sunday, May 9, 2010

Gotong Royong


Syukur Alhamdulillah.. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing..AJK PPP Bukit Jati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Bukit Jati yang telah bersama-sama bergotong Royong membersihkan rumah terbiar di No 1 Jalan Jati 2 pada 9/5/2010.

Rumah ini akan bakal berubah wajah tidak lama lagi dan akan digunakan untuk aktiviti PPP Bukit Jati pada masa akan datang.

Sebanyak RM168.00 telah berjaya dikumpul untuk derma tabung persatuan pada hari tersebut. Terima Kasih juga kepada individu yang telah bersetuju untuk memberikan sumbangan untuk memperbaiki rumah tersebut dalam bentuk keperluan asas seperti air, api,kerja mengecat dan lain-lain lagi. Kepada yang ingin menderma masih boleh menghubungi En Zainudin (Bendahari) atau AJK yang lain.

Sunday, April 4, 2010

MESYUARAT AGUNG & PEMILHAN AJK 2010-2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan/Puan (Tuan Rumah atau wakilnya) ke Majlis Mesyuarat Agung dan Pemilihan AJK PPP Bukit Jati:

Tarikh : 09hb April 2010
Masa : 09 malam
Tempat : Pondok Hijau.

Agenda Utama :

1)Membentangkan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan
2)Pembubaran dan pelantikan AJK Baru (2010-2011)

Kehadiran Tuan/Puan ke Majlis di atas amat dialukan-alukan demi meneruskan usaha murni untuk menyatukan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli warga Bukit Jati.

p/s : Minuman dan Makanan ringan disediakan oleh pihak AJK.

Monday, March 8, 2010

Maulidul Rasul 1431H bersamaan 2010 Masehi

Alhamdulillah, majlis Maulidul Rasul tahun ini berjalan lancar walaupun terlewat sedikit pada permulaannya. Sambutan tahun ini dimeriahkan seperti biasa dengan persembahan nasyeed, hafazan dan alunan sajak oleh anak anak kita.

Diharapkan suasana permuafakatan dan kerjasama di kalangan penduduk dapat diterapkan lagi dengan nilai nilai murni sebagaimana yang diajar oleh junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Jauhkan sifat hasad dengki, dendam mendendam, tidak amanah, tamak, tidak bersyukur, berbohong dan bermusuhan.

Sebaliknya kita seharusnya mempunyai sifat sifat Mahmudah seperti jujur, amanah, bantu membantu, bercakap benar, bersyukur, prihatin, kasih sayang, silaturahim, berterima kasih, toleransi, saling bermaafan, tingkah laku dan tutur kata yang baik dan perasaan takut dan kagum dengan kehebatan ALLAH S.W.T.

Sebahagian daripada photo photo pada malam tersebut:

Sunday, March 7, 2010

Pelancaran Facebook Bukit Jati



Salam sejahtera kepada semua warga/ahli keluarga Perumahan Bukit Jati..
Sila lawati dan daftar ahli facebook Bukit Jati.
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan dan seterusnya dapat merapatkan lagi tali silaturrahim diantara kita semua..

Saturday, March 6, 2010

Penyata Kewangan Majlis Sambutan Maulidurrasul 2010


Seluruh AJK mengucapkan jutaan terimakasih diatas sumbangan dan derma dari ahli-ahli PPP Bukit Jati untuk menjayakan majlis maulidurrasul 2010. Lebihan wang dari derma/sumbangan akan disimpan ke dalam tabung Agama untuk membiayai akltiviti /majlis agama pada masa akan datang. Semoga Allah jua yang akan membalas jasa baik Tuan/Puan.

Monday, March 1, 2010


Sambutan Maulidul Rasul 1431H bersamaan 2010

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Maulidul Rasul bagi tahun ini akan diadakan:

Hari : Sabtu

Tarikh : 06hb Mac 2010 bersamaan 20 Rabiul Awal 1431H

Masa : 8.30 malam

Tempat : Pondok Hijau

Atucara Majlis :
1. Solat Isyak berjamaah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Long
2. Kata kata aluan oeh Pengerusi PPPBJ
3. Nasyid oleh anak anak PBJ
4. Bacaan Rawi
5. Ceramah Agama oleh Ustaz Ahmad Long
6. Selawat beramai ramai
7. Jamuan

Kami menjemput seluruh penduduk Muslimin dan Muslimat dapat hadir ke majlis yang mulia ini. Kami juga mengharapkan sumbangan sekurang kurangnya RM30.00/seisi rumah bagi menampung majlis ini.

Sekian. Terima kasih
Setiausaha PPPBJ