Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 1430H - Semoga tahun baru ini memberi keberkatan dan kesejateraan kepada semua warga Bukit Jati.

BAHAN RUJUKAN:

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 16, 2008

Sunday, December 14, 2008

Tahniah kepada ahli warga Bukit Jati !!


Tahniah kepada 3 warga Bukit Jati yang telah turut serta dan
telah memenangi kategori masing-masing dalam
Kempen Kebersihan dan Gerak Kemas 2008
yang di anjurkan
Majlis Perbandaran Pasir Gudang .

1) Pn Noraini (Isteri En Akib) dari Noraki Kopitiam
- Tempat Kedua dalam kategori Kedai Makanan dan
Tempat Kedua dalam Ketegori Tandas Kedai Makan -

2)Pn Haslina mewakili Sek Men Keb Pasir Gudang
- Tempat Pertama dalam kategori Tandas Sekolah dan
Tempat Kedua Ketegori Landskap Sekolah -

3) Tn Hj Esa dari Pak Esa Gerai Makan
- Tempat Kedua Kategori Kebayan -

Tahniah..!!!!

Saturday, December 13, 2008

AJK PPP Bukit Jati 2008/2009

Sila klik pada gambar di atas untuk lihat imej yang lebih jelas.

Jika anda ada sebarang usul/pertanyaan/teguran membina,

sila emailkan kepada pppbukitjati@yahoo.com.my


Friday, December 12, 2008

AWASI Keselamatan Kawasan Perumahan kita..!!

12hb December 2008 - Kejadian pecah dan ceroboh serta merosakkan harta benda pondok keselamatan perumahan Bukit Jati telah berlaku awal pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai dilakukan kerana tidak berpuas hati atas teguran Pengawal Keselamatan kepada kumpulan remaja
yang berkumpul ditepi jalan dalam kwasan perumahan pada lewat malam semalam.

Sehubungan itu semua AJK telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan dan kerjasama pemantauan dari pihak polis demi keselamatan penduduk dan pengawal keselamatan. (Klik pada gambar untuk lihat imej lebih jelas)

Sebelum membuat laporan polis, AJK juga telah membentangkan dan membincangkan isu 15 orang penduduk yang telah di senaraikan kerana tidak memberi kerjasama untuk menyumbangkan wang biaya kos keselamatan yang telah dipersetujui oleh majoriti penduduk.

Thursday, December 11, 2008

Lagi Gambar Qurban..


Gambar Qurban yang diterima melalui kiriman email dari Puan Lena.
Terima kasih.

Jika anda ada gambar yang ingin dikongsikan untuk tatapan
pengunjung blog ini sila emailkan kepada :
pppbukitjati@yahoo.com.my atau nordin@ymail.com

------------------------------------------------------------

IKLAN PENAJA
Dapatkan senaskah
Anjung Seri
Bulan Januari !!
Berita lanjut sila

Monday, December 8, 2008

Ibadah Qurban 8hb Dec 08.

Dengan nama Allah yang Maha Besar, dengan keberkatan dan Keredhaan Nya, ibadah Qurban tahun ini telah berjalan dengan begitu lancar walaupun terpaksa mengharungi keadaan cuaca hujan yang membawa berkat kepada majlis ini. Dua (2) ekor lembu untuk Qurban dan Akikah adalah dari Naib Pengerusi kita, En. Shafie dan keluarga beliau. Dengan bantuan penduduk Perumahan ini dan keluarga En. Shafie, segala penat lelah dan semangat gotong royong yang ditunjukkan, menjadikan ibadah ini sungguh sempurna dan meriah. Sumbangan Qurban En. Shafie dan keluarga kepada fakir miskin adalah sebahagian daripada ibadah yang amat dituntut oleh Agama kita. Kami juga amat menghargai segala sumbangan/hadiah beliau iaitu daging Qurban kepada penduduk penduduk Perumahan. Amin...



Majlis Ibadah Qurban tahun ini juga disudahi dengan jamuan masakan sup diadakan pada sebelah petang dan jamuan nasi brayani pada sebelah malamnya. Penyediaan untuk jamuan ini telah dianjurkan oleh pihak persatuan dengan kerjasama Muslimah Bukit Jati. Masakan sup dan lauk pauk disediakan dengan kerjasama kaum ibu Muslimah dan ahli keluarga En. Shafie. Nasi Bryani disediakan oleh Hj. Karim.
Setinggi tahniah kepada AJK yang dilantik untuk penganjuran ibadah Qurban ini, iaitu Hj. Zul (makanan), En. Andik (penyembelihan/melapah), En. Syed/Zainuddin (khemah), Hj Karim (peralatan memasak) dan Muslimah Jati (masakan/sup).
Pihak AJK Perumahan Bukit Jati juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat diantaranya Zainuddin, Hj Yaakob, Hj Esa, Norizan, Shafiee, Syed, Mazli, Hj Zul, Hj Tahir, Iskandar, Wan, adik Emma, Hisyam, Izuddin, Andik, Akib, Mizi, Farid, pekerja Indon Kiswire, Shariff, Hairi, Pak Jaafar, anak anak B. Jati, Mulimah Jati, keluarga En. Shafiee dan lain lain yang tidak dapat kita senaraikan dan berharap aktiviti dan ibadah korban seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.


Kelas Agama & Ibadah Qurban '08

Tarikh : 04/12/08 Ruj Kami : PBJ/08/12/01

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Kepada:
Penduduk penduduk Muslimin & Muslimat
Perumahan Bukit Jati.


Kelas Agama Bulanan

Kelas ini diteruskan setiap bulan dikhususkan kepada penduduk Muslimin dan Muslimat serta anak anak Perumahan ini. Jadual untuk bulan December 2008 adalah seperti berikut:Tarikh : 05hb December 2008Hari : JumaatTempat : Pondok Hijau, penghujung Jalan Jati 2Masa : Jam 8.45 mlmPenceramah : Ustaz Ahmad LongDiharapkan Allah dapat memberi ruang masa kepada kita semua untuk majlis yang amat disukai olehNya. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga, majlis ini dapat diberkati dan diredhai oleh Allah hendaknya.

…………………………………………………………………………….……………………..

Ibadah Qurban & Kenduri

Sempena menyambut Hari Raya Qurban tahun ini, persatuan akan menganjurkan majlis diatas :

Hari : Isnin selepas solat Hari Raya Haji (9.00 pagi)
Tarikh : 08hb December 2008
Tempat : Perkarangan Pondok Hijau / En. Shafie (belakang Lorong 3)
Peserta Qurban/Akikah : En. Shafie (2 ekor lembu)

Atucara Majlis :
9.00 – 12.00 t/hari – Penyembelihan dan melapah daging
12.00 tengahari - Pengagihan daging kepada fakir miskin
11.00 – 1.00 t/hari - Rewang untuk memasak
1.00 tengahari - Solat Zohor
1.15 – 6.00 ptg - Memasak sup dan hidangan malam
4.00 petang - Hidangan sup tulang lembu
8.30 mlm - Hidangan makan malam

Pihak persatuan mengalu alukan kehadiran tuan puan sekeluarga bagi menjayakan majlis yang mulia ini. Sila bawa peralatan memotong seperti pisau, parang dan golok untuk melapah daging dan tulang dan juga bagi tujuan rewang untuk memasak nanti.
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga, majlis gotong royong ini dapat diberkati dan diredhai oleh Allah hendaknya.

Terima kasih.

Setia usaha

Wednesday, December 3, 2008

Perletakkan Jawatan


Adalah dimaklumkan bahwa En Azhar telah meletakkan Jawatannya berkuat kuasa pada

1hb December atas sebab peribadi dan perletakkan jawatan tersebut telah diterima sebulat suara oleh AJK dan AJK juga telah bersetuju jawatan Ketua Biro Alam Sekitar diserahkan kepada En Syed Ahmad.

Semoga dengan pelantikkan beliau,
kawasan Perumahan Bukit Jati akan lebih indah dan ceria.

AJK dan semua ahli mengucapkan Terima kasih
atas sumbangan yang telah En Azhar berikan selama ini
Harap Maklum.

Mesyuarat AJK - persiapan raya korban

Mesyuarat AJK utk program Korban sempena Aidil Adha 2008.
Merupakan tahun kedua program yang di anjurkan oleh AJK PPP Bukit Jati bersama Muslimah Bukit Jati.
Semua penduduk Per. Bukit Jati di jemput hadhir pada pagi selepas solat sunat Adhil Adha bertempat di belakang rumah En Shafie.
(2 ekor lembu utk tujuan Korban dan Aqiqah di sediakan oleh Keluarga En Shafie).
Lembu-lembu korban tersebut akan disembelih dan dagingnya akan diagihkan mengikut syarak pada hari tersebut dan selebihnya En Shafie telah bermurah hati untuk menyediakan jamuan untuk ahli keluarga Bukit Jati. Aktiviti melapah daging dan masak memasak akan dibuat secara gotong royong pada hari tesebut)