Monday, December 31, 2007

Selamat Tahun Baru 2008

Seluruh AJK PPP Bukit Jati dan Moderator Bukit Jati's Cyberhome mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pengunjung laman Web ini.
Semoga 2008 akan menambahkan lagi MERIAH, MESRA dan MAUFAKAT antara semua warga Bukit Jati.
Kami juga mendoakan kesejateraan anda dan keluarga dan semoga dikurniakan sihat walafiat serta dimurahkan rezeki.
Kunjungi laman web ini dari masa kesemasa untuk mendapatkan berita terkini..

Selamat menyambut tahun Baru Hijrah pada 1 Muhamram yang akan jatuh pada 10/1/2008 nanti.

Monday, December 17, 2007

Salam Aidil Adha

'Create
Semua AJK Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Jati mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya aidil adha
-------------------------------------------------------------------------
Allahu Akbar (7x)
Syukur alhamdulillah berkat kerjasama dan muafakat ahli bersama sokongan penduduk dan masyarakat setempat, majlis Korban di Aidil adha telah selamat di sempurnakan dengan jayanya. Semoga Allah membalas dan memakbulkan harapan dan doa mereka yang menyertai majlis korban tersebut termasuk mereka-mereka yang telah mengorbankan tenaga dan masa mereka membantu untuk menyempurnakan majlis korban tersebut.

Pada hari tersebut 2 ekor lembu telah di Korban oleh Tn Haji Mohd Tahir sekeluarga (1 ekor) , En Salahudin /Pn Rohana sekeluarga (4 bhg) , Tn Hj Karim,Pn Faridah dan Tn Hj Md Dom (1 bhg/org).


Pihak AJK Perumahan Bukit Jati juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap aktiviti dan ibadah korban seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

- Gambar dan video klip ini adalah sumbangan dari Pn. Rohana
- Terima kasih

- Untuk lihat gambar lain sila klik di sini : http://bukitjati.fotopages.com/






-----------------------------------------------------------

Blog ini di taja oleh Koleksi NJ Alini - pembekal, pengedar dan penjual barangan peralatan dan aksesori dapur, ruang tamu dan meja hidangan rumah anda. Sila klik disini atau pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut - Koleksi NJ Alini.


Tahniah untuk En Jamin dan Kak Cik


Tahniah kepada En Jamin dan Kak Cik yang telah selamat melangsungkan Majlis Perkahwinan anaknya pada hari Ahad, 16hb Dec., 2007 yang lalu.


Majlis yang meriah dan berseri itu sudah pasti melakar satu lagi sejarah baru buat keluarga beliau. Semua warga Bukit Jati megucapkan Tahniah dan mendoakan semoga Kedua mempelai pengantin baru akan mendapat rahmat dan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amiin...
Untuk lihat gambar lain, sila klik di sini:
http://norharmoni.fotopages.com/















Sila klik pada gambar untuk lihat gambar lebih jelas..















SELAMAT PENGANTIN BARU..
Abu Zarin & Norhamoni - Bagai pinang dibelah dua..

Majlis persandingan dan berinai..




P/s : Jika anda ada gambar yang ingin disiarkan dilaman web ini untuk dikongsikan suasana kemeriahan dan kegembiraan kita bersama semua pendududuk Perumahan Bukit Jati, sila emailkan gambar tersebut ke : pppbukitjati@yahoo.com.my

Untuk lihat gambar yang lain sila klik di sini:
http://norharmoni.fotopages.com/



Video klip nyanyian karaoke "sumbangan" Pak Akib
dan isteri (selapas di sensor oleh pihak Juri)..he..hee
Hebat juga pak akib kita nih...!!!
(Maaflah pendek sangat klip ini..Pak Akib kata :
kalau nak tengok semua kenalah bayar..)
--------------------------------------------


Sunday, December 16, 2007

Majlis Potong Jambul Cucu Tn. Hj Zulkefli

Majlis kesyukuran meraikan cucu Tn Hj Zul pada 1hb Dec yang lalu.
Majlis tersebut telah dilansungkan dengan adat "memotong jambul" dan bacaan berzanji ..

Tahniah.. Semoga panjang umur dan murah rezeki..
(Maaf lambat post dan gambar kurang jelas kerana guna camera mobile phone sahaja)





Sunday, December 9, 2007

Kecoh !!! Pergaduhan di Lorong Satu !!!

09/12/07 (1:51 pagi)- Rakaman pergaduhan antara pekerja kilang berbangsa taiwan yang menyewa rumah di Perumahan Bukit Jati .Peristiwa tersebut telah mengganggu ketenteraman penduduk disekitar rumah mereka sewaktu kebanyakkannya sedang nyenyak tidur.Pergaduhan sesama mereka yang dipercayai akibat mabuk.Suasana tegang telah berjaya dileraikan oleh Pegawai Keselamatan penduduk dengan bantuan oleh Pasukan Polis.


--------------------------

Tuesday, November 27, 2007

Menjelang Hari Raya Qurban /Aidil Adha.

<---- (Gambar utk hiasan sahaja)
Pada 26/11/07 AJK PPP Bukit Jati bersama AJK Muslimah Bukit Jati telah pun bermesyuarat (Pengerusi : En. Akib Borhan ) di rumah En Nordin dan telah bersepakat untuk bersama mengerjakan ibadah qurban pada hari raya pertama Aidil Adha 20/12/2007 jam 9.00 pagi di kawasan pondok Hijau.



Semua penduduk dan ahli di jemput Hadir.

Maklumat lain:
1)2 ekor lembu - Tajaan Tuan Haji Tahir (7bhg),
Pn Rohana (5bhg) dan Tn Hj Karim(2bhg)
2)AJK untuk Ibadah Qurban yang telah dilantik:
Pengerusi : Tn Hj Karim
AJK Peralatan dan Kerja Melapah : En Andik Yaakob
AJK Persiapan dan Pembersihan Tapak Kerja : En. Sharip
AJK Hidangan Minuman dan Makanan : En Jamin (dari rumah Tn Hj Karim)
AJK pembahagian daging qurban : Tn Hj Zulkefli.


3)Lain-lain maklumat sila berhubung sendiri dengan Tn Hj Karim atau En Akib.

----------------------------------------------------------------------

HIKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN

HIKMAH BERQURBAN

- Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup
menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
- Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang
melimpah-ruah.
- Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang
melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan
hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang
mengerjakan haji.

Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
Maklumat lanjut sila rujuk : http://www.al-azim.com/haji/qurban/hikmah.htm



-------------------------------

Sunday, November 11, 2007

Open House @ Rumah Pak Akib













Pada 3/11 yang lalu Pak Akib selaku Pengerusi Persatuan Perumahan Bukit Jati telah bermurah hati mengadakan Jamuan sempena Hari Raya Aidil-Fitri. Semua yang hadir termasuk saudara mara dan sahabat handai juga turut dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh beliau dan isterinya sendiri. Rakan-rakan dan tetamu yang berbakat juga menyumbangkan lagu dimajlis tersebut.
Semua rakan-rakan juga menyampaikan rasa terharu dan terimakasih dan berharap acara tersebut dijadikan acara tahunan.



Sila klik di sini untuk lihat gambar yang lain : http://asia.ph.groups.yahoo.com/group/pppbukitjati/photos


Pak Akib & Isteri.

En Fauzi dengan lagu Alleycatnya..

En Pie kita..macam Hail Amir tu..


Suara merdu..dari Isteri Pak Akib..

Thursday, November 1, 2007

Majlis Marhaban anjuran Muslimah Bukit Jati

Pada 1hb Nov yang lalu untuk kali pertamanya Persatuan Muslimah Bukit Jati telah berjaya menyatukan hampir semua penduduk dari kalangan muslimah di Perumahan Bukit Jati untuk menjayakan Majlis Marhaban, ziarah rumah kerumah dan Majlis Jamuan Aidil fitri.
Didalam ucapan Pn Haslina selaku Pengerusi Persatuan Muslimah Perumahan Bukit Jati mengharapkan agar ikatan silaturrahim diantara kaum ibu/muslimah dapat lebih diperkukuhkan lagi pada masa akan datang. Beliau juga rasa berbangga terhadap komitment AJK dan semua ahli walaupun didalam kesibukan memenuhi masa untuk kerjaya dan rumah tangga tetapi masih sempat meluangkan masa untuk aktiviti persatuan.(Sila klik pada gambar utk lihat imej yang lebih jelas.

Majlis Jamuan Hari Raya dan Marhaban Perumahan Bukit Jati

Syukur Alhamdulillah seperti tahun-tahun yang sebelumnya aktiviti tahunan Perumahan Bukit Jati (Dulu disebut Taman MIEL) telah selamat berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
Kesemua penduduk beragama Islam bersama AJK Mesjid Perjiranan 9 telah mengadakan majlis marhaban dan ziarah dari rumah ke rumah pada 28hb October 2007.
Dalam majlis tersebut En Akib Borhan selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Jati telah menyampaikan rasa terharu dan terimakasih atas sokongan dan penglibatan penduduk yang bertambah baik dari masa kesemasa untuk menjayakan aktiviti-aktiviti persatuan. Beliau juga berjanji akan berusaha bersama-sama dengan AJK lain untuk mengujudkan banyak lagi aktiviti -aktiviti kearah membentuk suasana yang lebih MERIAH, MESRA & MUAFAKAT demi kebaikan penduduk dan ahli peratuan. (Sila klik pada gambar utk lihat imej yang lebih jelas)

Monday, October 8, 2007

Apa dah jadi ngan DODOL kita....?


Jika anda sudah mendaftar sebagai ahli, sila klik

disini untuk lihat gambar-gambar lain.

"APA RASA DODOL KITA...? Jawab Bang Jawab..."

Gambar program buat dodol pada 6/10/2007 yang disertai oleh penduduk perumahan bukit jati. Program tersebut adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim dikalangan AJK dan penduduk perumahan Bukit Jati.




Click here to join pppbukitjati
Click to join pppbukitjati



Wednesday, October 3, 2007

PENGUMUMAN - KAWALAN KESELAMATAN DI HARI RAYA

Kepada semua penduduk/ahli Perumahan Bukit Jati:

Per: KAWALAN KESELAMATAN SEPANJANG CUTI HARI RAYA.

Berhubung dengan perkara diatas, adalah di maklumkan bahawa Kawalan Keselamatan di pintu masuk kawasan perumahan akan dipertingkatkan disepanjang tempoh cuti hari raya (13-15/10/2007) AJK telah memutuskan akan mengarahkan Pengawal keselamatan untuk menambah anggotanya untuk berkawal 24jam dan akan bertindak lebih teliti/tegas untuk memastikan identiti pemilik kenderaan yang keluar masuk disepanjang tempoh tersebut.
Oleh itu sila dapatkan segera pelekat kereta/motor untuk memudahkan laluan keluar masuk kenderaan anda.

Anda juga di nasihatkan untuk melapurkan tempoh anda balik kampung untuk bercuti hari raya kepada En Akib (Pengerusi) sebelum 11/10/2007.

Kami memohon maaf atas kesulitan demi untuk kebaikan dan keselamatan kita bersama.

Sekian Terima Kasih.

b/p - PENGERUSI PPP BUKIT JATI.

s.k- SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN
Pelita "Tujuh Likur"
50 pelita yang telah dipasang unutk menyerikan sambutan Hari raya atas usaha dan kelolaaan anak-anak remaja Perumahan Bukit Jati. Pelita tersebut adalah Sumbangan En Adnan (Lorong 1) dan Minyak Tanah disumbang oleh Tuan Pengerusi (En Akib).

Tuesday, September 25, 2007

Pelekat/ Sticker untuk Pas Masuk Kenderaaan



Sticker /Pelekat Pas Masuk Kenderaan

Harga untuk setiap satu -

Untuk Kereta : RM8.00

Untuk Motor : RM5.00.

Sticker akan diedarkan pada 6hb October di pondok Hijau bemula Jam 4 ptg,

Untuk pertanyaan ,Sila hubungi Bendahari atau email kepada pppbukitjati@yahoo.com.my



Tarikh penguatkuasaan pengunaan sticker akan bermula pada cuti Hari Raya bagi meningkatkan tahap keselamatan kawasan periumahan kita.





================================================








Ingin iklankan Perniagaan anda di sini?
Murah serendah RM10.00 sahaja untuk


seminggu dan PERCUMA untuk ahli untuk dua (2) minggu PERTAMA sahaja.


Keterangan Lanjut sila hubungi pppbukitjati@yahoo.com.my atau hubungi 013-7770005.






Click here to join pppbukitjati
Click to join pppbukitjati

Friday, September 21, 2007

Aktiviti Bulan Ramadhan

Program Buat Dodol
(Tajaan AJK Induk )
- 6/10/2007 - 2.00 ptg hingga 11 mlm
- Tempat Sebelah Pondok Hijau
- Maklumat Lanjut sila hubungi Tn. Hj Yaakob & Tn. Hj Karim
(AJK Agama)




Program Buat Bubur Lambok
(Tajaan Muslimah Jati)
- 29/09/2007 - Jam 2 petang
- Tempat Rumah Tn Hj Tahir
- Maklumat Lanjut sila hubungi Pn Haslina.
(Pengerusi Muslimah Jati)






Program Pasang Pelita Tujuh Likur
(Tajaan AJK Induk)
- 50 buah pelita telah dibeli dan akan dipasang di sepanjang
jalan pintu masuk Perumahan Bukit Jati bermula pada 6/10/07
- Penyelia : En Shafie (AJK Alam sekitar)

Saturday, September 15, 2007

Aktiviti Taddarus Al-Quran







Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak Muslimah Jati telah menganjurkan aktiviti Taddarus Al-Quran untuk semua penduduk Bukit Jati.
Aktiviti tersebut di ketuai oleh Ustazah Syarifah Ulwiyah di Rumahnya pada setiap hari bermula jam 8 pagi.
AJK Muslimah mengalu-alukan kehadiran semua kaum wanita yang ada kelapangan masa untuk turut serta dalam aktiviti tersebut.


Thursday, September 6, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Seluruh AJK Induk dan dan AJK Muslimah Jati mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga Perumahan Bukit Jati dan pengunjung laman web ini.
Semoga kita bersama dapat meningkatkan amalan kita disepanjang bulan ramadahan yang mulia ini.









Di dalam satu Hadis Nabi s.a.w. telah bersabda :


لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ لَتَمَنِّىَ اْلعِبَادُ أَنْ يَكُوْنَ شَهْرُ رَمَضَانَ سَنَةً.
Maksudnya : " Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita sepaya bulan Ramadan berpanjangan selama setahun ".

( H.R. Tabrani dan Baihaqi )

Wednesday, September 5, 2007

Banner utk sambut Ramadhan dan Aidil Fitri



SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN
HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA
SELURUH AHLI KELUARGA
PERUMAHAN BUKIT JATI
klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.



----------------------------------------------

Salam Ramadhan & Aidil Fitri
Segera ke Galeri kami untuk mendapatkan
Voucher RM200 untuk Dinner Set bernilai RM429.00
(Tawaran untuk Bulan Ramadhan/ sehingga stok masih ada)
dari PENAJA LAMAN WEB INI : KOLEKSI NJ ALINI

Monday, September 3, 2007

Sila daftar segera



Click here to join pppbukitjati/>
Click to join pppbukitjati


Kepada semua ahli penduduk PERUMAHAN BUKIT JATI :
Sila daftar jadi ahli untuk mendapatkan maklumat semasa (seperti penyata kewangan), berforum, bertukar maklumat dan pendapat serta berbincang tentang isu semasa.

Thursday, August 30, 2007

Sambut Merdeka di rumah !!!

Kebanyakkan penduduk perumahan bukit jati menyambut dan meraikan detik jam 12 malam sambutan malam kemerdekaan ke 50 di hadapan TV rumah masing-masing. Berita angin yang disebarkan sejak beberapa hari yang lepas menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak keluar rumah.

Berikut adalah rakaman percikan bunga api detik jam 12 malam yang dilihat dari rumah kami (Nordin dari Lorong 1) :

Sunday, August 26, 2007

KELAB BADMINTON BUKIT JATI

Laporan Berita Sukan
- Mohd. Termizi

Kelab Badminton yang telah 'beroperasi' selama lebih kurang 2bulan.
Kami telah menempah gelanggang di Kompleks Sukan di Taman Rinting setiap hari Khamis jam 9.00 - 11.00mlm.
Untuk lihat gambar lain sila ke pppbukitjati@yahoo.groups








Keahlian setakat ini adalah seramai 7orang:
1. Mohd Termizi (Lrg 3)
2. Hisham (Lrg 2)
3. Fadzulli (Lrg 2)
4. Rosli S'pore (Lrg 3)
5. Hj. Yaakob (Jln Jati 2)
6. Syed (Lrg 3)
7. Azizan (Lrg 3)

Memandangkan kekurangan ahli, kami telah menjemput 'orang luar'
seramai 3 orang termasuk En. Ehsan bagi memeriahkan lagi aktiviti
ini. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00 sebulan yang
merangkumi 'shuttle' dan sewa gelanggang.

Bagi sesiapa yang berminat menyertai kami, sila hubungi:
1. M. Termizi (019-729 5069)
2. Hisham (019-740 2446)


Kepada seseiapa yang berminat utuk membawa ahli keluarga termasuk
anak anak dan isteri (terutama pada musim cuti sekolah) kami bersedia
untuk menolong menempah gelanggang tambahan (1 minggu notis).
==========================================


Monday, August 20, 2007

Upacara Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam


Pada 1hb Ogos yang lalu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Anggota polis di WPI akan ditambah
JOHOR BAHRU: Jumlah pegawai dan anggota polis dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mencecah 6,85
0 orang dengan pembukaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) baru iaitu di Nusajaya dan Seri Alam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata jumlah itu akan bertambah apabila Bukit Aman menghantar 400 lagi anggota berpangkat Konstabel yang menamatkan latihan pada Oktober depan.Katanya, dengan pembukaan dua IPPD baru itu, WPI kini mempunyai empat IPPD termasuk Johor Bahru Selatan serta Johor Bahru Utara selain menjadikan jumlah IPPD di negeri itu kepada
11."Kita akan meminta pertambahan kereta peronda untuk WPI dan buat masa ini, terdapat 220 kereta peronda yang khusus ditempatkan dalam kawasan Selatan Johor," katanya di sini, semalam.Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM394 juta untuk tujuan keselamatan dalam WPI dan setakat ini, polis sudah membelanjakan RM5.6 juta bagi pembukaan dua IPPD baru selain pertambahan untuk tujuan logistik.Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga, Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan yang kini di Tampoi, akan dipindahkan ke Tanjung Pelepas bagi menampung keperluan bot baru yang lebih besar."Polis komited menjayakan hasrat kerajaan memastikan WPI selamat dan ketika ini, kita sudah menempatkan dua helikopter di Ibu Pejabat Kontinjen Johor bagi membantu pencegahan jenayah," katanya.Musa berkata, perangkaan indeks jenayah di Johor menunjukkan penurunan dengan Indeks Jenayah Kekerasan sebanyak 6.4 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tahun lalu.Selain itu, katanya, kadar penyelesaian jenayah dalam tempoh sama juga meningkat 43 peratus berbanding tahun lalu.
Petikan sumber dari Berita Harian

Sunday, August 19, 2007

PENGANTIN EDDY & FITRIYANI @ No19 Lorong 2




SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT.
MAAFLAH tak sempat ambil gambar pengantin..
jika sesiapa yang ada gambar pengantin tu ...
boleh hantar kepada kami untuk di paparkan disini

Thursday, August 16, 2007

Jom Turut Sambut Merdeka ke 50 !!

































Meriah - Mesra dan Muafakat !!!!

16hb Ogos 2007 - Meriah - Mesra dan Muafakat !!! (3M) Nilai yang murni sebagai Slogan kepada persatuan penduduk perumahan Bukit Jati..Nilai murni tersebut jelas dapat dilihat dalam majlis yaasin di rumah setiausaha (En Zainudin) yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Kami semua ahli warga Bukit Jati mendoakan En Zainudin selamat pergi dan balik. Kita juga berharap semoga aktiviti bacaan Yaasin sebegini akan berterusan pada masa akan datang.






Apa khabar... Selamat Datang..En Nordin (Bendahari) sedang menyambut kehadiran En Akib (Pengerusi/Baju warna Biru) di Majlis Yaasin di Rumah En Zainudin (Setiausaha)

















En Akib (kanan-baju biru): "Syukur Alhamdulillah...Dengar kata nak pergi menunaikan Umrah..Semoga Selamat pergi dan Balik"
En Zainudin (kiri) : " Terima kasih..."

















Dari Kiri - En Termizi (Ketua Biro Sukan), En Isham (Ketua Biro Keselamatan) dan En Hj Yaakob (AJK Biro Agama)















Diantara jiran tetangga yang hadir - Dari Kiri - En Termizi, En. Nordin, En Azhar dan En Akib.


















En Shafie - Ketua Jawatankuasa Alam Sekitar (sebelah Kanan) sedang menikmati juadah bersama tetamu lain yang hadir.













Anak-anak Bukit Jati.... Diantara objektif utama kita adal menerapkan nilai murni kepada anak-anak pewaris masa depan kita....