Monday, August 20, 2007

Upacara Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam


Pada 1hb Ogos yang lalu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Anggota polis di WPI akan ditambah
JOHOR BAHRU: Jumlah pegawai dan anggota polis dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mencecah 6,85
0 orang dengan pembukaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) baru iaitu di Nusajaya dan Seri Alam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata jumlah itu akan bertambah apabila Bukit Aman menghantar 400 lagi anggota berpangkat Konstabel yang menamatkan latihan pada Oktober depan.Katanya, dengan pembukaan dua IPPD baru itu, WPI kini mempunyai empat IPPD termasuk Johor Bahru Selatan serta Johor Bahru Utara selain menjadikan jumlah IPPD di negeri itu kepada
11."Kita akan meminta pertambahan kereta peronda untuk WPI dan buat masa ini, terdapat 220 kereta peronda yang khusus ditempatkan dalam kawasan Selatan Johor," katanya di sini, semalam.Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM394 juta untuk tujuan keselamatan dalam WPI dan setakat ini, polis sudah membelanjakan RM5.6 juta bagi pembukaan dua IPPD baru selain pertambahan untuk tujuan logistik.Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga, Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan yang kini di Tampoi, akan dipindahkan ke Tanjung Pelepas bagi menampung keperluan bot baru yang lebih besar."Polis komited menjayakan hasrat kerajaan memastikan WPI selamat dan ketika ini, kita sudah menempatkan dua helikopter di Ibu Pejabat Kontinjen Johor bagi membantu pencegahan jenayah," katanya.Musa berkata, perangkaan indeks jenayah di Johor menunjukkan penurunan dengan Indeks Jenayah Kekerasan sebanyak 6.4 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tahun lalu.Selain itu, katanya, kadar penyelesaian jenayah dalam tempoh sama juga meningkat 43 peratus berbanding tahun lalu.
Petikan sumber dari Berita Harian

No comments: