Wednesday, April 30, 2008

Cubaan rompakan waktu pagi

LORONG 3 : Satu cubaan rompakan menggunakan senjata tajam pada 30hb April 2008 di sebuah rumah warga bukit jati di lorong 3 waktu pagi lebih kurang 11.15 pagi. Walaubagaimana pun tiada sebarang kecederaan dilapurkan dan perompak tersebut tidak sempat mengambil apa-apa oleh kerana suri-rumah diberitakan sempat menjerit dan mendapat bantuan jiran setempat yang menyebabkan perompak tersebut sempat melarikan diri.
Sehubungan dengan perkara tersebut diatas, semua penduduk di nasihatkan tidak meninggalkan rumah atau membiarkan pagar tidak berkunci. Kita juga di nasihatkan agar tidak meninggalkan anak-anak di-rumah tanpa pengawasan orang dewasa walaupun di waktu siang hari
AJK Persatuan Penduduk Bukit Jati menyeru agar semua warga Perumahan Bukit Jati memberikan kerjasama keatas usaha meningkatkan tahap keselamatan terutama dari segi menjelaskana sumbangan yuran keselamatan yang mana akhir-akhir terdapat segelintir ahli yang mengabaikannya.

No comments: