Saturday, January 5, 2008

Malam Seribu Kenangan Sejuta Impian


Pada 5hb Januari yang lalu, di pondok Hijau, En Akib bersama AJK Persatuan Pendududuk Perumahan (PPP) Bukit Jati telah mengadakan majlis ringkas dan sederhana untuk meraikan mereka yang telah terlibat secara langsung menjayakan aktiviti persatuan disepanjang tahun 2007. Kita berharap momentum yang sedia ada dapat dikekalkan dan di perbaiki untuk tahun 2008 !!!.

Juadah Utama seekor kambing telah di sumbangkan oleh En Kamarudin ( orang panggil "Adun" tapi bukan ADUN politik). Beliau juga salah seorang AJK tetapi jarang bersama kita sepanjang tahun lalu atas sebab tugasnya di luar negara.

Selepas selesai majlis jamuan tersebut AJK PPP Bukit Jati juga telah bermesyuarat untuk membincangkan aktiviti-aktiviti untuk kalendar tahun 2008. Diantaranya bersetuju untuk menambah satu lagi aktiviti tahunan yang sedia ada iaitu HARI KELUARGA pada cuti hari raya cina akan datang (7-9/2/2008). Satu AJK kecil telah dibentuk yang diketuai oleh En Nordin akan merangka dan memaklumkan kepada semua ahli/penduduk tentang aktiviti HARI KELUARGA tersebut.

Untuk lihat gambar lebih jelas sila klik pada gambar dan untuk lihat gambar yang lain sila klik ke http://bukitjati.fotopages.com/

No comments: