Saturday, January 3, 2009

Kelas Agama Bulanan - Jan 2009

Syukur Alhamdulillah, masih ada yang berkesempatan dalam kesibukan ahli-ahli penduduk Perumahan Bukit Jati mencari rezeki dan buat persediaan anak-anak ke sekolah di awal tahun.

Kelas Agama ini akan terus diadakan pada setiap Hari Jumaat minggu pertama setiap Bulan.
Berdoalah agar kita antara insn yang terus terpilih untuk diberi kelapangan supaya dapat turut serta dalam program tersebut untuk menimba ilmu sebagai bekal kita di akhirat kelak. Insya Allah.

p/s:
Selamat kembali kepada sahabat kita Tn Hj Sobri dan Isteri yang baru saja pulang dari mengerjakan Ibadat Haji di Tanah Suci Mekah.

1 comment:

midz said...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi kesempatan masa kepada kita untuk menghadiri majlis ilmu ini yang sangat sangat disukai oleh Allah. Diantara intipati ceramah itu mengingatkan kita dengan maksud apa itu : 1)Islam 2) Iman 3) Ehsan. Penceramah telah menjelaskan akan pentingnya Islam itu yang wajib kita tunaikan kelima lima rukun Islam itu. Kita seharusnya menjadikan Keislaman itu bukan hanya luaran sahaja tetapi dalaman yang perlu kita tingkatkan. Insyallah pada ceramah bulan depan, penceramahan akan menjelaskan maksud 'Iman'. Amin.....