Friday, January 3, 2014

Mesyuarat Agung & Pemilihan AJK 2014-2015



NOTIS MESYUARAT AGUNG 

       Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bukit Jati, Pasir Gudang telah didaftarkan dan diluluskan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 23hb. December ’13 yang lalu. Oleh itu satu mesyuarat agung hendaklah diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru untuk 
tahun 2014/2015 :

Tarikh              :  17hb. Januari 2014 (JUMAAT)
Masa               :  8.45 malam
Tempat            :  Anjung Jati

ATURCARA MAJLIS
            8.45mlm – Pendaftaran Ahli ahli dan pembayaran yuran
            9.15mlm – Mesyuarat bermula
            10.15mlm – Mesyuarat selesai dan jamuan ringan
            10.30mlm – Bersurai

AGENDA MESYUARAT :
1    .      Ucapan Aluan Pengerusi Penaja Persatuan
2    .      Pembubaran AJK Penaja
3    .      Perlantikan AJK baru bagi sessi tahun 2014/2015
4    .      Ucapan Pengerusi yang baru dilantik.
5    .      Pembentangan Perlembagaan Persatuan.
6    .      Perkara perkara berbangkit
7    .      Doa Penutup

DIANTARA MATLAMAT PENUBUHAN PERSATUAN
1    .      Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan.
2    .      Mengadakan sistem sekuriti bagi memelihara dan menjamin keselamatan penduduk, kenderaan dan      hartanah sekitar perumahan.
3    .      Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
4    .      Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak berkuasa tempatan, swasta dan pemaju    perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

     Oleh itu, tuan/puan/tuan haji/puan hajah adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung ini dan bersama ini disertakan borong keahlian untuk diserahkan sebelum 14hb Jan ’14 bersama dengan yuran masuk dan yuran bulanan kepada setiausaha penaja.

   Sekian. Terima kasih

  Setiausaha Penaja,

 Mohd Termizi bin Abdul Rahman
 (H/P 019-7295069)

Tuesday, November 26, 2013

PROGRAM KULIAH BULANAN - SIRAH NABI


NOTA:
SIRI PERTAMA PENGENALAN TELAH BERLANGSUNG
PADA 22/11/2013 YANG LALU.


 SIRI KE 2 AKAN diadakan pada 
TARIKH 27/12/2013 -

Kuliah bulanan oleh 
Ustaz Mohd Shafiee Bin Abdul Rahman Al-Hafiz
IMAM MASJID JAMEK PASIR GUDANG

Dip. Tahfiz Al-Quran - JAKIM
Ijazah Sarjana Muda - Pengkhususan Bidang Qiraat

 Dalam program kuliah bulanan di Anjung Jati beliau akan mengupas  kitab yang bertajuk :

Sirah Rasulullah (SAW) 'Al Raheeq Al Makhtum' oleh Shaikh Sofiy Al Rahman Al Mubarakfuri, 

terjemahan oleh Mohd Darus Senawi Ali






(Warga Bukit Jati yang ingin memiliki Buku Sirah diatas sila hubungi Setiausaha /AJK PBJ )

(RM60 senaskah)
sila serahkan wang tempahan sekurang-kurangnya RM30 sebelum 15/12/2013


Moga kita semua berikan kelapangan masa dan 

kekuatan jiwa kepada kita untuk terus menghadiri ilmu seperti ini.

Saturday, November 23, 2013