Thursday, November 18, 2010

Ibadah Qurban 2010

Sebahagian dari gambar-gambar semasa ibadah Qurban
oleh En Shapie dan Tn Hj Karim bersama warga
Perumahan Bukit Jati pada 17hb November 2010 yang lalu.
Seluruh AJK PPP Bukit Jati mengucapkan jutaan terima Terima Kasih
kepada semua yang melibatkan diri pada hari tersebut.
Bersama kita doakan Ibadah Qurban sempena Aidil Adha
tersebut diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Thursday, November 4, 2010

Jemputan ke Majlis Ibadah Qurban

Semua Penduduk Muslim Perumahan Bukit Jati dijemput untuk bersama-sama menyertai majlis Ibadah Qorban pada pagi Hari Raya
(selepas solat sunat aidil adha)

Jumlah Qurban : 2 ekor lembu -
Peserta Ibadah Qurban : Tuan Hj Karim (1) dan En Shafie (1)

Sila bawa pisau dan peralatan yang perlu untuk kerja-kerja melapah daging yang akan diedarkan kepada fakir miskin dan jiran tetangga.

Tuan/Puan juga dijemput hadhir kerumah Tn Hj Karim pada sebelah petang (selepas Asar) untuk Jamuan Makan Sup daging Qurban.

Sunday, September 26, 2010

sambutan hari raya dan marhaban 2010

Tarikh : 26/09/10 (Ahad) jam 9.00 hingga 11.30mlm
Tempat : Laman Bukit Jati

Dengan keberkatan dan ketentuan Nya, dengan cuaca yang sungguh baik, alhamdulillah sambutan tahun ini sungguh meriah dengan kehadiran warga P. Bukit Jati, jemaah dan anak anak kariah mesjid Perjiranan 9. Dimulai dengan marhaban yang diketuai oleh imam Hj. Razak, Hj. Moin, Hj. Shamsuddin dan Hj Shaari, kumpulan marhaban dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut lorong.

Monday, September 20, 2010

Majlis Marhaban dan Jamuan Sempena Hari Raya

Kami mengalu-alukan Tuan/Puan
warga Bukit Jati sekeluarga
untuk hadir ke Majlis tersebut di atas pada:
Tarikh : Hari Ahad - 26/9/2010
- Marhaban bermula selepas Isyak ( 8.30 mlm)
- Jamuan bermula selepas Marhaban dari rumah kerumah selesai (10.00 mlm)
Tempat Jamuan : di Laman Bukit Jati.
Aturacara: Akan dimaklumkan melalui surat.
p/s:
Untuk menetapkan kumpulan marhaban,
- sila rujuk dengan Setiausaha/AJK Agama.