Menjelang Hari Raya tahun ini, pihak persatuan akan menganjurkan program 'bakar' lemang dan memasak rendang. Program ini akan berlangsung seperti dibawah :
Tarikh : Jumaat 18hb. Sept. 2009 (29 Ramadhan 1430H)
Jam : 5.00ptg
Tempat : Pondok Hijau
Pihak AJK telah bersetuju untuk melantik En. Farid sebagai ketua pengelola untuk bakar lemang dan pihak Muslimah Jati untuk memasak rendang. Program ini adalah dijalankan secara gotong royong dan ahli ahli yang inginkan lemang & rendang tersebut haruslah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi program ini. Sila kemukakan nama kepada AJK atau En. Farid secepat mungkin bagi tujuan ini.
2 comments:
Cayalahh En farid kita..resepi dah ready ke..?
lemang ye tahun nie .. saye gerenti dtg ..
Post a Comment