Kita dapat meningkatkan tahap
keselamatan kita bersama.
KERTAS KERJA PROJEK :
Cadangan membina Bangunan Balai Serbaguna
Anjung Jati
Perumahan Bukit Jati, Taman Air Biru,
Pasir Gudang.
LOKASI :
Laman Bukit Jati bersebelahan dengan Taman Permainan Kanak-kanak Perumahan Bukit Jati.
PENGENALAN:
Cadangan untuk membina Anjung Jati ini adalah sebagai memenuhi keperluan penduduk Perumahan Bukit Jati sebagai kemudahan untuk mengadakan majlis-majlis keraian, majlis ilmu dan lain majlis yang berkaitan dengan kebajikan dan sosial penduduk.
Anjung Jati yang dicadangkan ini juga merupakan sebuah bangunan terbuka berukuran 50’x15’ yang akan digunakan sebagai Balai Utama / Pentas Utama kepada semua jenis aktiviti penduduk.
OBJEKTIF:
Dengan adanya Anjung Jati ini nanti kita berharap ianya akan mencapai objektif-objektif berikut:
1) Penjimatan kos dari segi persediaan khemah untuk setiap kali mengadakan majlis
2) Mengadakan lebih kerap majlis-majlis yang boleh meningkatkan hubungan silaturrahim antara warga penduduk
3) Kemudahan untuk mengendalikan kelas-kelas ilmu untuk semua jenis golongan dan peringkat umur.
4) Kemudahan untuk sebagai Pusat Riadah
5) Kemudahan untuk mengendalikan mesyuarat persatuan dan sebagainya.
TEMPOH PROJEK & JADUAL KERJA:
Dijangkakan akan siap dalam tahun 2011 untuk tempoh kurang 2 bulan
14/10 Mesyuarat Persetujuan Cadangan
16/10 Kenalpasti tapak
26/10 Perasmian Tapak
KOS PROJEK
Kos keseluruhan pembinaaan akan ditanggung sepenuhnya melalui sumbangan kewangan dari seluruh warga Perumahan Bukit Jati sendiri. Pihak AJK mencadangkan untuk permulaan kutipan minima RM100.00 dari setiap rumah adalah perlu untuk menampung kos pembinaan terutamanya untuk membayar gaji pekerja dan bahan-bahan sampingan yang di anggarkan lebih RM5,000.00 yang kos tersebut tidak termasuk Kos penyediaan Bahan utama untuk bangunan tersebut yang mana telah di sumbangkan secara ikhlas oleh salah seorang warga Bukit Jati.
PELAN / LAKARAN STRUKTUR BANGUNAN
(Lakaran ini hanya panduan dan bentuk sebenar bangunan akan berubah mengikut keperluan dan persetujuan semasa temph pembinaan)
CADANGAN PELAKSANAAN
Sebagai memudahkan pelaksanaan projek , satu JAWATAN KUASA KHAS PROJEK telah dicadangkan seperti berikut:
1) PENASIHAT – EN AKIB
2) PENGARAH PROJEK – EN KAMARUDIN
3) PENGURUS KEWANGAN – EN NORDIN
4) PENGURUS PELAN - – EN SYED
5)PENGURUS PROJEK – EN SHAFIE
6) PENGURUS TAPAK PROJEK DAN PERANCANGAN BAHAN - HJ MODRIFFI
7)PENOLONG PENGURUS TAPAK PROJEK
i. EN ANDIK
ii. EN TARMIZI
iii. HJ SOBRI
iv. EN SHARIFF
Skop Kerja Ahli Jawatan Kuasa Khas adalah untuk bermesyuarat dari masa kesemasa untuk memastikan semua kerja –kerja persediaan sebelum pembinaan dan kerja-kerja pembianaan berjalan lancar supaya dapat menyiapkan dan menyerahkan Bangunan dengan sempurna kepada AJK Penduduk dalam tempoh yang dianggarkan.
AJK Khas juga bertanggung jawab untuk mengumpulkan dana dari penduduk bagi tujuan pembinaan bangunan tersebut.
PENUTUP/ KESIMPULAN
Cadangan pembinaan Anjung Jati akan ini merupakan mercu tanda dan simbolik kepada penyatuan dan keutuhan kerjasama warga penduduk Perumahan Bukit Jati. Besarlah harapan kami dengan izin Allah s.w.t impian ini akan tercapai dengan jayanya.
Oleh itu sokongan Tuan/Puan terutama dari kalangan ahli warga Bukit Jati sendiri amat-amat kami sanjung tinggi. Bukan sekadar bantuan wang ringgit tapi apa jua yang berkaitan dengan pembinaan Anjung Jati ini termasuklah sokongan moral, kepakaran dan tenaga sangat-sangat di harapkan.
Semoga Pembinaan Bangunan Anjung Jati ini akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya demi menafaat dan kebaikkan warga penduduk Perumahan Bukit Jati.
Sebarang perkara yang berkaitan dengan kertas kerja ini Tuan/Puan boleh buat pertanyaan terus kepada :
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN BUKIT JATI
Tel : 013 777 0005 email : nordin@ymail.com